Sunday, December 26, 2010

Kelebihan umat Nabi Muhammad menurut pandangan Nabi Adam

Disebutkan bahwa Nabi Adam A.S telah berkata, “Sesungguhnya Allah S.W.T telah memberikan kepada umat Muhammad S.A.W empat kemuliaan yang tidak diberikan kepadaku:


·    Taubatku hanya diterima di kota Mekah, sementara taubat umat Nabi Muhammad S.A.W diterima di sebarang tempat oleh Allah S.W.T.


·    Pada mulanya aku berpakaian, tetapi apabila aku berbuat derhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah menjadikan aku telanjang. Umat Muhammad S.A.W membuat derhaka dengan telanjang, tetapi Allah S.W.T memberi mereka pakaian.


·    Ketika aku telah berderhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah memisahkan aku dengan isteriku. Tetapi umat Muhammad S.A.W berbuat derhaka, Allah S.W.T tidak memisahkan isteri mereka.


·    Memang benar aku telah derhaka kepada Allah S.W.T dalam syurga dan aku dikeluarkan dari syurga, tetapi umat Muhammad S.A.W durhaka kepada Allah akan dimasukkan ke dalam syurga apabila mereka bertaubat kepada Allah S.A.W.

Monday, December 6, 2010



Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Penyayang. Segala pujian itu bagi Allah Tuhan sekalian Alam.Rahmat dan sejahtera atas Penghulu kami Nabi Muhammad dan atas keluarga dan sahabar-sahabat baginda sekalian. Ya Allah. Engkaulah Tuhan yang kekal selam-lamanya, sedia ada, tiada permulaan.Kelebihan Mu Maha Besar dan kemurahan-Mu sangat-sangat diharapkan. Tibalah sudah tahun baru. kami mohon kepada Mu agar terpelihara kami sekalian di dalam tahun baru ini daripada tipu daya syaitan-syaitan yang terlaknat juga daripada kuncu-kuncu syaitan dan bala tenteranya. Dan kami mohon daripada Mu akan pertolongan mengalahkan runtunan nafsu amarah (nafsu mendorong kepada kejahatan). Kami mohon juga kepada Mu Ya Allah akan rasa sedia ingin membuat kerja-kerja kebajikan yang boleh mendampingkan diri kami kepada Mu. Ya Allah Tuhan Yang Maha Agung lagi Mulia. Ya Allah Tuhan yang sebaik-baik yang mengurniakan rahmat.

Salam maal hijrah 1432H \(>_<)/... smoge thun baru yang mendatang ini akan mbawa hijrah dlm diri kita untuk menjadi insan yang lebih baik..tingkatkn amal dan kurang kn dosa.smoge Allah rahmati d murahkan lagi rezki kalian.. amin Ya Rabb..salam ukhuwah kerana Allah..

Saturday, December 4, 2010

Muwasafat tarbiyyah



1. Aqidah yang sejahtera (Salimul Aqidah)Redha Allah sebagai tuhan, Islam sebagai Agama dan Muhammad saw sebagai Nabi.Sentiasa muraqabah Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir.Menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhat.

2. Ibadah yang betul (Sahihul Ibadah)Perlu melakukan ibadat yang meninggikan roh dan jiwanya.Perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram.Tidak melampau atau berkurang (pertengahan).

3. Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq)Akhlak kita ialah Al-Quran dan ditunjukkan oleh Nabi saw.Dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan dai iaitu sensitif, tawadhu, benar dalam perkataan dan perbuatan, tegas, menunai janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dll.

4. Luas pengetahuan (Mutsaqqafal Fikri)Perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain.Perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis dan diterangkan oleh ulama yang thiqah.Pesan Imam Banna: Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi.Mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, mempelajari seerah, kesah salaf dan kaedah serta rahsia hukum yang penting.

5. Sihat tubuh badan (Qawiyyal Jism)Dakwah berat tanggungjawab dan tugas - perlukan badan yang sihat dan kuat.Rasulullah saw menitikberatkan soal ini. Maksud Hadis : Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan.Pesanan al-Banna:Memeriksa kesihatan diri,mengamalkan riyadhah dan tidak memakan/minum suatu yang merosakkan badan.

6. Mampu berdikari (Qadiran ala Kasbi)Walaupun kaya, perlu bekerja.Tidak terlalu mengejar jawatan dalam kerajaan/resmi.Meletakkan jawatan dan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih utama dari gaji dan pendapatan.Melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan).Menjauhi riba dalam semua lapangan.Menyimpan untuk waktu kesempitan.Menjauhi segala bentuk kemewahan apatahlagi pembaziran.Memastikan setiap sen yang dibelanja tidak jatuh ke tangan bukan Islam.

7. Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi)Perlu azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam.Tidak menghiraukan apa orang kata dalam mempraktikkan Islam.Dai mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa dengan kesusahan.

8. Sangat menjaga masa (Haarithun ala Waqtihi)Waktu lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula.Sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka...Aku adalah makhluk baru.. menjadi saksi kepada manusia.

9. Tersusun urusannya (Munazzamun fi syu’unihi)Untuk manfaatkan waktu dengan baik.. perlu penyusunan dalam segala urusan.Gunakan segala masa dan tenaga tersusun untuk manfaat Islam dan dakwah.

10. Bermanfaat pada orang lain (Nafi’un li ghairihi)Dai umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh orang lain. Dai adalah penggerak dakwah dan Islam. Masa depan Islam, hidup mati Islam bergantung kepada dai.Amal Islam ialah untuk menyelamatkan orang lain dari kesesatan.Dai merasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah.

Thursday, December 2, 2010

musibah membawa tuah

Abu Salamah dan Ummu Salamah ialah pasangan bahagia. Kedua-duanya termasuk sebagai orang terawal menerima risalah Nabi s.a.w di Makkah ketika penduduk kota Mekah menolaknya.

Pahit  getir kehidupan dalam menjaga aqidah mereka lalui bersama-sama dengan tabah.Termasuklah apabila pasangan ini hendak berhijrah ke Madinah, mereka harus terpisah kerana orang musyrik menghalang  Abu Salamah untuk membawa isteri dan anaknya untuk berhijrah. Setelah satu tahun kemudian, Allah menyatukan kembali dua insan yang saling mencintai ini di kota Madinah bersama Rasulullah s.a.w.


Suatu hari Ummu Salamah mendengar Rasulullah s.a.w besabda:" Tidaklah aku jadikan seorang Muslim ditimpa musibah, lalu ia mengucapkan kata-kata yang Allah perintahkan (Inna lillah wa inna ilahi raji'un) dan berdoa:"Ya Allah, berikanlah daku pahala atas musibah ini, dan gantikanlah musibah ini dengan sesuatu yang lebih baik,"sudah tentu Allah akan menggantikan musibah itu dengan sesuatu yang lebih baik untuknya."

Tidak lama selepas itu, bertepatan dengan peristiwa Uhud, Abu Salamah pulang ke rumah sambil membawa luka-luka yang sangat parah.Lima bulan kemudian, beliau meninggal dunia kerana luka tersebut. Kejadian ini sungguh menyayat hati Ummu Salamah. Ia segera teringat akan ucapan Nabis.a.w, namun ia ragu-ragu untuk mengucapkan kata-kata yang diajarkan Rasulullah s.a.w. namun ia ragu-ragu untuk mengucapkan kata-kata yang diajarkan Rasulullah s.a.wSebabb ia berfikir, siapakah orang yang lebih baik daripada Abu Salamah? Beliau adalah suami yang begini dan begitu.Ia terus mengingati suaminya itu.Namun begitu, akhirnya Ummu Salamah tetap mengucapkan kata-kata itu juga.

Tidak lama setelah masa idahnya berlalu, Rasulullah s.a.w datang meminang Ummu Salamah. Baginda adalah manusia terbaik yang pernah Allah ciptakan bagi menggantikan Abu Salamah sebagai janji Allah untuk orang yang sabar dalam menghadapi musibah.

Kisah yang sangat indah untuk dijadikan teladan.Janji Allah itu pasti!! dan kesudahan kepada musibah adalah kemanisan yang tidak terhingga.... 

Tuesday, November 30, 2010

Bismillahhirrahmanirrahim..

hmm..petang td saya teman kakak pegi maybank..nak bank in duit..niat da lame nak beli buku kaedah jibril (care hafazan).. da bkurun pasang niat last2 baru tadi tlaksana..hehe.. nak dijadikan cerita masa kat entry bank ni saya nampak seorang kanak2 pompuan..pegang buku, kalendar n bberapa benda yg lain..mmm dalam hati.. ni mesti nak minx orang ramai beli ni.. tapi laen pulak ceritanya.. dia just berdiri tegak je.. selalunya mereka2 ni pasti akan menyerbu sesiapa je orang yang lalu dan kadang2 dua tiga kali pujuk kita..saya pun rase pelik..mmm mungkin dia bosan dengan rutin yang sama..nak kene pujuk orang.. cakap itu cakap ini.. kalo nak fikir2 balik mmg kesian tgok mereka2 ni.. cube kita compare ngan diri kita time kte umur sebaye ngan diorang.. jauh bebeza..btol x??? mase 2 hidup kite nak enjoy je keje (yela budak kecik)..maen polis tantree(btol ke eja ni??)..bile ujan bukan maen sonok bershower ngan air ujan..tuju selipar la..abes selipar mak ayah kne kebas nak wat maen..panjat pokok xyah ckp la..mmg hero.. memg sonok.  kesian kan kalo nak compare hidup kite ngn kanak2 yg saya sebot td..mereka2 ni mungkin golongan anak2 yatim yg ditempat kn d rumah2 amal..n utk mnampung khidupan n pblanjaan anak2 ni pemilik rumah amal 2 mngambil inisiatif utk mnjual barang dan salesmanny xlaen xbkn anak2 ni la.. mgkin ade pihak2 tertentu yg cube untuk memonopoli anak2 ni..nauzubillah..tapi at least kita yg mlihat ank2 ni beli la brang diorg walopn stu je..husnuzon dkt mereka..ni x sesetgah kita slalu bsangka buruk dkt mreka..anggap la itu sbgai sedekah..inshaAllah..smoge Allah sentiasa melimpah rahmat kepada hambaNya

Monday, November 29, 2010

Tips menutup aurat

Menutup aurat adalah perintah Allah s.w.t.Anjuran ini hakikatnya turut melibatkan lelaki, namun perintahnya amat kritikal ditekankan kepada wanita memandangkan lebih ramai wanita yang tidak menutup aurat berbanding lelaki.Tambahan pula fitnah wanita itu lebih besar.

Di bawah disertakan beberapa kaedah praktikal menjadi Muslimah yang prihatin dengan penampilannya di hadapan ajnabi.
1.Tahu.Langkah pertama ialah ilmu.Penting bagi muslimah mengetahui batasan aurat, ciri-ciri pakaian yang menutup aurat, siapa mahram dan siapa ajnabi, hukum hakam aurat dan sebagainya.

2,Sedar.bahawa tuntutan syariah ini amat perlu dan pentibng untuk dilaksanakan sesempurna mungkin.Jangan sambil lewa dan acuh tak acuh.Soal halal haram adalah perkara besar.
3.Syiar.Setiap agama ada imejnya.Imej wanita muslimah dapat dikenali melalui ciri-ciri berpakaian yang menutup aurat.

4.Fungsi cermin. Sebelum melangkah keluar rumah dengan yakin, tanyalah cermin,"wahai cermin, adakah hari ini aku menutup aurat?".Jawapannya perlu dijawab berdasarkan ciri-ciri pakaian patuh syariah.
5.Asingkan pakaian kepada 2 kriteria; sesuaai atau tidak sesuai di pakai di hadapan ajnabi.Pakaian seksi misalnya, masih boleh dipakai apabila bersendirian di dalam bilik atau di hadapan suami.

6.Malu. Wanita yang tidak biasa mendedahkan aurat di hadapan lelaki ajnabi akan berasa malu, takut, gelisah dan sebagainya walau sekadar bermimpi tidak bertudung.
7.Bersahabat dengan wanita yang solehah boleh menguatkan pendirian dan alangkah seseorangwanita yang ingin berusaha mengubah penampilannya kepada penampilan yang patuh kepada syariah.

8.Eksklusif.Semua wanita itu cantik. Jika tidak menakan wanita menjadi senjata iblis melemahkan kaum lelaki. Namun kecantikan dan keindahan tersebut Allah kurniakan sebagai milik eksklusif wanita itu dan suaminya sahaja. Oleh sebab itu, usah dipertononkan aurat perhiasan kepada umum secara percuma, jika suami pun perlu membayar mahar untuk memilikinya.
Wanita yang menutup aurat hakikatnya akan melangkah lebih yakin dan selamat. Mereka tidak perlu risaukan mata liar yang memandang, tidak perlu ambil kisah gaya rambut, tidak perlu berhabis duit untuk aksesori itu dan ini. 


sumber: majalah solusi isu 26

Sunday, November 28, 2010

Cinta membawa ke syurga...

Seorang Arab Badwi bertemu Rasulullah s.a.w dan bertanya, "bilakah akan berlaku kiamat ya Rasulullah?" Rasulullah s.a.w tidak menjawab sebaliknya menyoal semula,"Apakah yang telah engkau sediakan untuk menghadapinya?"
Orang badwi itu menjawab,"aku tidak menyediakannya dengan banyak mendirikan solat dan berpuasa tetapi aku menyediakannya dengan hati yang amat mencintaimu".
Mendengar jawapan orang badwi itu, Rasulullah s.a.w terus bersabda yang bermaksud:"Seseorang itu akan bersama dengan orang yang dicintainya di akhirat kelak."(Muttafaq 'alaih)
Alangkah bertuahnya jika cinta kita benar, betul dan tepat-kita akan sentiasa bersama kebenaran dan akan bersama dengan cinta itu di syurga nanti.Sebaliknya jika cinta kita salah meletakkan cinta, kita akan bersamanya di neraka!
Itulah peri agung dan pentingnya cinta .Insya-Allah, orang badwi itu yang mencintai Rasulullah s.a.w itu akan bersama baginda di syurga.Ya, kita akan bersama orang yang kita cintai semasa di dunia dan di akhirat nanti.Sesungguhnya, mencintai Rasulullah ertinya mencintai Allah.Firman-Nya bermaksud."Sesiapa yang mencintai Allah,maka ikutlah aku".9Surah Ali 'Imran 3:31)

Saturday, November 27, 2010

ahlan wasahlan...

Assalamualiakumwarahmatullahhibarokatuh..Alhamdulillah da semakin maju..skarang nak menceburi dunia blog..inshaAllah satu medium yang baik untuk digunakan dalam misi menggerakkan dakwah..berkongsi ilmu n info bsame kwn2..mane yg kurang tlg gtaw eh..

doa senjata mukmin

Doa ibarat rutin harian bg umat islam. Selepas solat kita berdoa, sebelum makan kita berdoa dan sebelum tidur pun kita berdoa. Doa merupakan medium perantaraan antara kita dengan Allah.Sebagai madah untuk memohon dan meminta apa sahaja keinginan makhluk kepada Penciptanya.Namun adakah kita pasti bahawa doa kita sampai dan diterima oleh Allah????

Ada lima perkara yang membuatkan kita terhijab atau ditolak doa oleh Allah:

1.Dosa kerana mengingkari pemimpin. Pemimpin terbahagi kepada 2 iaitu pmimpin atasan dan peminmpin bawahan.Perintah mereka wajib ditaati selagi tidak bercanggah dengan syariat. Pemimpin yg dmaksudkn disini ialah pemimpin yg adil kpd orang bawahan, soleh lg berjiwa tauhid, bukan pemimpin yg fasik dan berbuat mungkar kpd Allah. Jadi ukurlah diri masing2 sjauh mna ketaatan kita kpd pemimpin.

2.Dosa kerana tidak taat guru. Guru org yg bertanggungjwb mendidik dan mengasuh kita. Segala ajarannya perlu diikuti. Jangan sampai guru berasa muak dengan kita, supaya kita tidak ditimpa malapetaka seperti susah menerima ilmu, gelap hati, keras hati malas beribadat, doa dan amalan tidak terangkat dan tidak dapat membaiki akhlak.

3.Dosa kerana mendehakai ibubapa. Mereka berkorban untuk menjadikan kita insan berguna di dunia dan di akhirat. Jika kita menderhakai  atau menyakiti hati mereka sedangkan perintahnya bertepatan dengan syartiat islam, Allah pasti murka kepada kita. Awas, doa anak derhaka tidak diangkat malaikat ke hadrat Ilahi. Oleh itu, tidak ada perubahan pada diri kita kerana doa kita ditolak.Jadilah kita orang yang rugi di dunia dan akhirat.

4.Dosa kerana derhaka kepada suami. Isteri yang mendehakai suaminya tidak layak mencium bau syurga. Allah murka dan melaknat isteri yang membelakangi suami.

Rasulullah bersabda:
"Jika Allah membenarkan manusia sujud kepada manusia selain-Nya, aku akan menyuruh isteri sujud kepada suaminya"

Besarnya kedudukan suami di sisi Allah. Seorang isteri sehebat ibadat Siti Maryam (ibu nabi Isa) tiada nilai sedikitpun di sisi Allah jika masih menderhakai suami.

5.dosa kerana menganai atau menzalimi orang.Golongan yang suka menganiayai dan menzalimi orang termasuk juga orang yang gemar menabur fitnah, mengadu domba, buruk sangka sesama manusia, suka menyakiti hati orang lain, sama ada dengan lidah, perbuatan atau tingkah laku.

Jika kita melakukan satu daripada lima perkara ditegah di atas, terhijablah doa dan amalan kita.Oleh itu, jika ingin doa kita dimakbulkan Allah, jauhkan diri daripada melakukan perkara yang mengundang kemurkaan Allah.

Petua-petua mencapai doa mustajab

1.Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: "doa antara azan dan iqamat tidak akan ditolak"

2.Sesungguhnya Rasulullah besabda: "Allah akan turun ke langit dunia setipa malam iaitu sepetiga malam yang terakhir seraya berfirman: "Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, maka Aku akan menerima permintaannya dan sesipa yang meminta keampunan daripada-Ku maka Aku akan mengampuniNya"

3.Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda:" tiga orang yang tidak akan ditolak doanya iaitu pemimpin yang adil, orang yang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya.Allah angkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit terbuka".

4.Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah besabda:" Aku dilarang membaca al-Quran ketika sujud dan rukuk.Waktu yang paling dekat antara hamba dan Tuhan-Nya adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu".

5. Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w besabda:"Jika kamu mendengar ayam jantan berkoko, pohonlah kurnia daripada Allah kerana sesungguhnya binatang itu melihat malaikat."Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah daripada godaan syaitan kerana binatang tersebut melihat syaitan".

6.Ubadah bin As-Shamit berkata bahawa Rasulullah bersabda:" Sesiapa bangun pada malam hari dan mengatakan atau berdoa, doanya akan dimakbulkan. 'apabila beliau berwuduk (dan mengerjakan solat malam). solatnya akan diterima Allah".

7.Ata bin Abi Rabah berkata: "Telah sampai padaku bahawa Rasulullah bersabda:" Sesiapa yang membaca surah Yasin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan".

8.Hadis daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda:"Doa seseorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata:'Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan'."

9.Hadis daripada Abu Hurairah: Rasulullah memperkatakan mengenai hari Jumaat.Lalu baginda besabda:"Pada hari Jumaat itu ada suatu saat.Bila mana seorang Muslim dapat menepatinya dalam keadaan berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...