Saturday, November 27, 2010

doa senjata mukmin

Doa ibarat rutin harian bg umat islam. Selepas solat kita berdoa, sebelum makan kita berdoa dan sebelum tidur pun kita berdoa. Doa merupakan medium perantaraan antara kita dengan Allah.Sebagai madah untuk memohon dan meminta apa sahaja keinginan makhluk kepada Penciptanya.Namun adakah kita pasti bahawa doa kita sampai dan diterima oleh Allah????

Ada lima perkara yang membuatkan kita terhijab atau ditolak doa oleh Allah:

1.Dosa kerana mengingkari pemimpin. Pemimpin terbahagi kepada 2 iaitu pmimpin atasan dan peminmpin bawahan.Perintah mereka wajib ditaati selagi tidak bercanggah dengan syariat. Pemimpin yg dmaksudkn disini ialah pemimpin yg adil kpd orang bawahan, soleh lg berjiwa tauhid, bukan pemimpin yg fasik dan berbuat mungkar kpd Allah. Jadi ukurlah diri masing2 sjauh mna ketaatan kita kpd pemimpin.

2.Dosa kerana tidak taat guru. Guru org yg bertanggungjwb mendidik dan mengasuh kita. Segala ajarannya perlu diikuti. Jangan sampai guru berasa muak dengan kita, supaya kita tidak ditimpa malapetaka seperti susah menerima ilmu, gelap hati, keras hati malas beribadat, doa dan amalan tidak terangkat dan tidak dapat membaiki akhlak.

3.Dosa kerana mendehakai ibubapa. Mereka berkorban untuk menjadikan kita insan berguna di dunia dan di akhirat. Jika kita menderhakai  atau menyakiti hati mereka sedangkan perintahnya bertepatan dengan syartiat islam, Allah pasti murka kepada kita. Awas, doa anak derhaka tidak diangkat malaikat ke hadrat Ilahi. Oleh itu, tidak ada perubahan pada diri kita kerana doa kita ditolak.Jadilah kita orang yang rugi di dunia dan akhirat.

4.Dosa kerana derhaka kepada suami. Isteri yang mendehakai suaminya tidak layak mencium bau syurga. Allah murka dan melaknat isteri yang membelakangi suami.

Rasulullah bersabda:
"Jika Allah membenarkan manusia sujud kepada manusia selain-Nya, aku akan menyuruh isteri sujud kepada suaminya"

Besarnya kedudukan suami di sisi Allah. Seorang isteri sehebat ibadat Siti Maryam (ibu nabi Isa) tiada nilai sedikitpun di sisi Allah jika masih menderhakai suami.

5.dosa kerana menganai atau menzalimi orang.Golongan yang suka menganiayai dan menzalimi orang termasuk juga orang yang gemar menabur fitnah, mengadu domba, buruk sangka sesama manusia, suka menyakiti hati orang lain, sama ada dengan lidah, perbuatan atau tingkah laku.

Jika kita melakukan satu daripada lima perkara ditegah di atas, terhijablah doa dan amalan kita.Oleh itu, jika ingin doa kita dimakbulkan Allah, jauhkan diri daripada melakukan perkara yang mengundang kemurkaan Allah.

Petua-petua mencapai doa mustajab

1.Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: "doa antara azan dan iqamat tidak akan ditolak"

2.Sesungguhnya Rasulullah besabda: "Allah akan turun ke langit dunia setipa malam iaitu sepetiga malam yang terakhir seraya berfirman: "Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, maka Aku akan menerima permintaannya dan sesipa yang meminta keampunan daripada-Ku maka Aku akan mengampuniNya"

3.Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda:" tiga orang yang tidak akan ditolak doanya iaitu pemimpin yang adil, orang yang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya.Allah angkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit terbuka".

4.Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah besabda:" Aku dilarang membaca al-Quran ketika sujud dan rukuk.Waktu yang paling dekat antara hamba dan Tuhan-Nya adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu".

5. Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w besabda:"Jika kamu mendengar ayam jantan berkoko, pohonlah kurnia daripada Allah kerana sesungguhnya binatang itu melihat malaikat."Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah daripada godaan syaitan kerana binatang tersebut melihat syaitan".

6.Ubadah bin As-Shamit berkata bahawa Rasulullah bersabda:" Sesiapa bangun pada malam hari dan mengatakan atau berdoa, doanya akan dimakbulkan. 'apabila beliau berwuduk (dan mengerjakan solat malam). solatnya akan diterima Allah".

7.Ata bin Abi Rabah berkata: "Telah sampai padaku bahawa Rasulullah bersabda:" Sesiapa yang membaca surah Yasin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan".

8.Hadis daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda:"Doa seseorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata:'Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan'."

9.Hadis daripada Abu Hurairah: Rasulullah memperkatakan mengenai hari Jumaat.Lalu baginda besabda:"Pada hari Jumaat itu ada suatu saat.Bila mana seorang Muslim dapat menepatinya dalam keadaan berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...