Tuesday, October 25, 2011

ceritera sang pelangi..





tatkala hujan turun dan kemudian ribut petir melanda..kita menangis mencari-cari dimanakah mentari menghilang.. dengan hati yang kecewa kita menyalahkan hujan yang turun...

rupa-rupanya Allah hendak hadiahkan pelangi yang indah kepada kita ♥ ♥ ♥

subhanallah,alangkah indahnya andai kita dapat menilai segala yang terjadi dengan mata hati iman.Pastilah terasa segalanya indah dan mendamaikan.

andai kita di timpa musibah..sedarkah kita bahawa ianya adalah hadiah buat kita??..ini kerana orang2 yang di uji itu adalah orang2 yang tinggi darjatnya di sisi Allah kerana ketika mereka di uji pada awal perjalanan hidupnya, mereka bersabar dan mengharap pahala daripada ujian itu.

setiap perkara ada hikmahnya..

the world need more positive people like u ♥

Wednesday, October 19, 2011

kanak-kanak itu tidak berdosa..





kes yang hangat diperkata: seorang kanak-kanak di China yang digilis hidup-hidup yang baru saja meninggal dunia... sangat menyayat hati T.T.. smoga peristiwa ini memberi satu iktibar yang besar kpd kerajaan negara China dan juga kepada seluruh manusia umumnya tentang erti kemanusiaan dan belas ihsan..

dan yakinlah bahawa kanak-kanak yang tidak berdosa ini.. sedang tersenyum di syurga =']

link berkenaan kisah ini:

1)http://www.facebook.com/photo.php?v=227261210671847

2)http://www.facebook.com/notes/razif-yusof/kenapa-tiada-sesiapa-membantu-budak-2-tahun-yang-digilis-di-china/386837764970

Tuesday, October 18, 2011

sahabat~!

kami kawan!




Puisi Sebab Dia Adalah Sahabat.

Dia adalah yang Allah beri kepadaku,

walau yang mencarinya adalah aku,
maka dia adalah hadiah,
mustahil sekadar dilempar begitu.

Biarlah dia berbicara hanya sedikit,
Biarlah dia berjauhan,
Biarlah kadangkala ada salah sangkaan,
Biarlah ada waktu dia melukakan,

Sebab dia adalah sahabat,
maka aku tidak pernah menghiraukan.

Mengira bahagia-bahagia yang wujud bila dia ada di sisi,
itu sahaja sudah melebihi dunia dan segala isi.

Kalau dia tiba-tiba menyimpang,
aku adalah yang akan menghulurkan tangan dan tidak berjauhan,
Kalau aku adalah yang tersungkur,
aku akan segera bangkit agar dia tidak kususahkan.

Sebab dia adalah sahabat,
dan aku tahu sahabatku adalah manusia,
maka aku hormati kekurangan yang ada,
dan aku besar-besarkan kelebihannya,

Hanya iman yang mampu melestari hubungan ini,
mengekstensi hingga ke syurga nanti.
Sebab dia adalah sahabat,
mustahil aku mahu berada di syurga tanpa dia di sisi.



Puisi Cinta Sahabat Syurga.

Sahabat Syurga itu,
adalah yang wujud di dunia,
bukan sekadar duduk bersama
tetapi mengajak kita kepadaNya.

Sahabat Syurga itu,
bukan dikenali dengan wangnya,
juga bukan dengan keindahan wajahnya,
tetapi dengan kecantikan akhlaknya,
dan kesungguhannya mengajak kita ke syurgaNya.

Sahabat Syurga itu,
adalah yang menimbulkan rasa untuk berubah di dalam diri,
bukanlah Sahabat Syurga itu sempurna seperti Malaikat Ilahi,
dia manusia sama seperti kita ini,
tinggal, dia berusaha memperbaiki diri.
Lantas, kita turut terserap sekali.

Sahabat Syurga itu,
bukanlah yang sekadar bersama saat gembira,
bukanlah juga yang sekadar ada saat sedih,
tetapi dia bersama sepanjang masa,
walau terpisak jarak dunia,
hatinya dan hati kita sentiasa bersatu,
di dalam lancaran doa-doanya.

Sahabat Syurga itu,
adalah yang kala kita jatuh ke neraka,
dia akan merempuh bahang menghulurkan tangannya.

Sahabat Syurga,
semua menginginkannya,
tetapi ramai yang terlupa untuk menjadinya.



nukilan: SAUDARA HILAL ASYRAF @ LANGITILAHI.COM

solat = temujanji dengan Allah


lewat petang selepas penat bekerja seharian di restoran krusty krab, spongebob dan squidward berjalan pulang menuju ke rumah masing2..

matahari melabuhkan dirinya..senja mula menunjukkan diri..

Allahuakbar...Allahuakbar~!

spongebob: alamak dah masuk magrib la~! kena pecut ni nanti terlambat pula nak solat..

squdward: ala lilek la bro..jalan slow2 suda..sempat punya..lagipun kalau solat time hujung waktu bole solat isya' terus..huhu

spongebob: wait the second~! awak sedar x apa yg awak cakap ni??? solat 2 ibarat temujanji kita dengan Allah tahu..bukan dengan kawan kita atau kekasih kita. Allah yang menciptakan langit, laut dan bumi serta seisinya..mana mungkin kita boleh melewatkan temujanji kita dengan pencipta kita yang Maha Hebat ini..

squidward: (speechless)

spongebob menyambung syarahannya ala2 imam muda spongebob..

spongebob: jika awak ada temujanji dengan kekasih atau kawan pada pukul 4.. sudah tentu awak akan terpacak dekat taman bunga 2 setengah jam lagi awal kan?? mereka itu manusia tetapi Allah adalah tuhan kita..Pencipta kita.. tiada satu pun yang boleh dibandingkan denganNya..sudah tentu tempatnya lebih utama dan istimewa disisi kita.

squidward:astaghfirullahalazim (sambil menghela nafas panjang)..sekarang saya sudah faham..

spongebob: maaf kan saya kawan.. saya memang tidak suka orang yang suka meremeh2kan solat..solat itu adalah ibadah nombor satu..dan ia juga amalan yang akan mula2 ditimbang di akhirat kelak...saya bukan apa..sekiranya saya tidak menegur awak..saya khuatir di akhirat kelak Allah akan menyoal saya mengapa saya tidak menegakkan yang makruf..alhamdulillah sekarang awak dah faham (sambil tersenyum lebar).. Dan awak tahu x di padang mahsyar nanti akan ada 3 jenis cahaya.

squidward: cahaya apa?? ( mula menunjukkan minat)

spongebob: cahaya yg berkelip2 seperti bintang itu ialah wajah orang yang ketika mendengar azan dia terus meninggalkan segala kerja dan urusannya,lalu melangkah untuk segera menunaikan solat.Cahaya yang terang seperti bulan purnama ialah wajah orang yang mengambil wudhuk sebelum azan berkumandang.Dan wajah yang terang benderang seperti cahaya matahari ialaha wajah yang telah pun berada di masjid sebelum masuk waktu azan..
kita pula bagaimana?? meninggalkan segala urusan time azan berkumandang pun x..inikan pula untuk berada awal di masjid. ( spongebob menghabiskan tazkirahnya)

squidward: wah..terima kasih banyak2 spongebob~! dapat juga saya tambah ilmu saya hari ni..awak lah sahabat dunia akhirat saya.

spongebob: hah..apa lagi jom cepat2 kita pulang..boleh kita solat jemaah sekali..kena ajak patrickstar sekali ni..huhu

squidward: jom!

inspired by: novel stanza cinta =]


Friday, September 16, 2011

nikmat makan dalam talam

assalamualaikum..

makan dalam talam~ sangat seronok.. masa join usrah kat matrix, kakak2 usm (kakak2 ni follow up saya dari mrsm merbok lagi) ajak pergi rumah diorang.. dan disebabkan kami ramai jadi kami pun makan dalam talam.. masa tu la first time makan dalam talam secara jamaah =]..perasaan dia lain.. satu perasaan yang indah..walaupun makanan sikit dan hanya berlaukkan ikan goreng dan sayur kubis..tapi rasa sangat sedap macam makan lauk ayam dan rasa sangat kenyang..nikmatnya lebih..

pas maen kejor-kejor..santap dulu pon bes gak..huhu


tradisi makan dalam talam ini sesuatu yang sangat bagus terutamanya dapat mengeratkan ukhuwah. Teringat masa makan setalam dengan rakan2 ukm..suapan pertama bukan untuk diri sendiri..itu syarat pertama yang diarahkankan oleh fasi program..jadi suapan pertama mestilah diberikan kepada orang lain. Sangat sweet =].. bagi muslimah mungkin ini perkara biasa..tapi bagi muslimin masing2 tersipu malu apabila bersuapan sesama mereka.

Makan dalam talam merupakan salah satu kaedah atau mekanisme ketika makan secara jamaah.kalau nak tahu, ketika zaman Rasulullah, baginda juga makan dalam talam bersama2 para sahabat..dan diantara perbuatan yang dilakukan oleh nabi ketika makan dalam talam ialah makan menggunakn tiga jari sambil lutut sebelah kanannya di angkat ke atas.Maksudnya makan setalam itu sendiri merupakan sunnah Rasulullah.

Logiknya, bagi kita terutamanya rumpun asia yang mana nasi merupakan makanan ruji kita. Mungkin sunnah menggunakan tiga jari tidak sesuai dipraktikkan kerana ianya mungkin memakan masa dan menyukarkan kita untuk menyuap nasi.Dan sebenarnya, waktu Rasulullah makan setalam pada waktu itu adalah dengan juadah 3 biji tamar dan susu.

Makan secara jamaah mempunyai keberkatan di sisi Allah.. walaupun tidak dengan talam..makan secara bersama2 diketuai seorang ketua yang akan membaca doa makan dan berniat supaya semua orang kenyang..kemudiannya, sama2 mengamalkan adab2 ketika makan sudah dikira makan secara berjamaah..

belum pernah makan setalam?? jom cuba try test (^.^)V

amboi meriahnye mak ngah~~ >.<


MyEm0.Com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...