Ya Rasulullah

mari kite kenali peribadi Muhammad s.a.w

Pakaian kesukaan Rasulullah

Ummu Salamah meriwayatkan:"Pakaian yang paling disukai oleh Rasulullah s.a.w ialah gamis." (Riwayat al-Tarmizi dan Abu Daud)
Asma' binti Yazid meriwayatkan: (Panjang) lengan baju Rasulullah s.a.w hingga ke pergelangan tangan." (Riwayat al-Tarmizi,al-Nasa'i dan Abu Daud)

Lebih indah daripada Bulan

Jabri Ibn Samurah r.a meriwayatkan,"Saya melihat Rasulullah s.a.w pada satu malam yang terang-benderang oleh cahaya bulan.Beliau mengenakan baju berwarna merah.Saya menatap Baginda dan memandang bulan.Sungguh, menurutku Baginda lebih indah daripada bulan."
(Riwayat al-Tarmizi, al-Darimi, Abu Syaikh, al-Hakim dan al-Tabrani)

Uban di rambut Rasulullah

Abu Ramthah al-Taimi meriwayatkan:
"Saya mendatangi Nabi bersama anak saya, kemudian saya menunjukkan Rasulullah s.a.w kepada anak saya dan berkata,'inilah Nabi Allah s.w.t.Beliau memakai 2 helai pakaian hijau.Belaiu memiliki rambut yang telah beruban.Uban Baginda berwarna merah."
(Riwayat al-Tarmizi, Abu Daud, Al-Nasa'i dan Ahmad)

Ibnu Abbas meriwayatkan:
"Abu Bakar berkata kepada Rasulullah s.a.w, 'Ya Rasulullah, anda telah beruban.'Baginda menjawab,'Yang membuatkan aku beruban ialah surah Hud, al-Waqi'ah, al-Mursalat, al-Naba', dan al-Takwir." (Riwayat al-Tarmizi, Ibn Sa'd dan Hakim)

Abu Hurairah r.a berkata:"Sandal Rasulullah s.a.w menggunakan 2 qibal." (Riwayat al-Tirmizi dan al-Tabrani)
Menurut Imam al-Tarmizi dalam al-Syama'il al-Muhammadiyya, yang dimaksudkan dengan qibal dalam hadis ini ialah pelana sandal, iaitu batas depan sandal berupa tali yang diletakkan di antara dua jari kaki.

Dimana Rasulullah Makan?

Anas bin Malik r.a meriwayatkan :"Rasulullah s.a.w tidak pernah makan di atas meja dan tidak pula menggunakan piring kecil.Baginda juga tidak pernah dijamu roti yang diperhaluskan."Yunus (salah seorang periwayat hadis ini) berkata: "Saya bertanya kepada Qatadah,'Lalu di atas apakah mereka makan?" Ia menjawab : " Di atas sufrah(kulit atau kain yang dihamparkan) semacam ini."
(Riwayat al-Bukhari, al-Tirmizi, Ibn Majah, dan Ahmad)

Anas bin Malik juga meriwayatkan:"Rasulullah s.a.w tidak pernah makan di atas meja makan dan tidak pernah memakan roti yang sudah dihaluskan hingga Baginda wafat."
(Riwayat al-Bukhari, al-Tirmizi, Ibn Majah, dan Ahmad)

Rasulullah s.a.w Tidak Pernah Kenyang Hingga 2 Kali Sehari

Masruq bin al-Ajda meriwayatkan:
"Suatu hari saya mengunjungi Aisyah rha.Ia kemudian menghidangkan makana dan berkata:'Ketika aku makan hingga kenyang, aku selalu menangis.'

Saya bertanya:'mengapa kamu menangis?'
Aisyah menjawab:'Aku teringat keadaan ketika Rasulullah s.a.w meninggal dunia.Demi Allah, Baginda tidak pernah makan roti dan daging hingga kenyang sebanyak dua kali dalam sehari."

Rasulullah Bercelak

Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Hendaklah kalian bercelak dengan menggunakan batu celak (al-ithmid) sebab celak dapat memperjelaskan penglihatan dan menumbuhkan bulu(mata)" (Riwayat al-Tirmizi dan Abu Daud)


Senda gurau Rasulullah

Cuba anda perhatikan bagaimana indahnya senda gurauan Rasulullah s.a.w. iaitu seperti diriwayatkan bahwa seorang tua perempuan telah mendatangi Rasulullah s.a.w. Maka baginda telah bergurau dengannya dengan berkata: Orang tua tidak boleh masuk syurga. Lalu menangislah si perempuan tua itu, tetapi segera pula Rasulullah s.a.w. berkata lagi: Anda tidak lagi menjadi tua bangka pada ketika itu! Lalu dibacakan kepadanya firman Allah Ta’ala.

“Kami (Allah) pertumbuhkan mereka itu (kaum wanita) suatu tumbuhan. Maka Kami tukarkan mereka itu menjadi dara-dara.” (al-Waqi’ah: 35-36) 

Dalam sesuatu peristiwa yang lain, diceritakan bahwa ada seorang perempuan datang kepada Rasulullah s.a.w. lalu berkata: Suamiku menjemputmu ke rumah! Baginda lalu berkata: Siapa dia suamimu itu? Apakah ia yang matanya ada putih-putih itu? Perempuan itu menjawab: Demi Allah, mata suami saya tidak ada putih-putih. Kemudian baginda berkata lagi: Bahkan di matanya ada putih-putih. Perempuan itu tetap menolak dengan berkata: Demi Allah, tidak. Maka barulah Rasulullah s.a.w. menerangkan lagi: Malah setiap orang memang ada pada matanya putih-putih. Maksud baginda ialah putih yang mengelilingi mata yang hitam itu.

Ada seorang perempuan lain yang datang kepada Rasulullah s.a.w. lalu berkata: Wahai Rasulullah! Berikanlah saya seekor unta yang boleh mengenderainya. Baginda berkata: Bahkan kita akan berikan untukmu anak unta supaya engkau mengenderainya. Kata perempuan itu pula: Apa yang akan saya buat dengan anak unta, jika ia tidak boleh mengangkat saya? Jawab Rasulullah s.a.w. Tiada ada seekor unta, melainkan ia dulunya anak unta.

Berkata Anas: Abu Talhah mempunyai seorang putra yang dipanggil dengan nama Abu Umair. Rasulullah s.a.w sering datang kepada mereka dengan berkata: Wahai Abu Umair! Apa khabar anak burung engkau? Kerana Abu Umair memang suka sangat bermain-main dengan anak burung tersebut.

Berkata Siti Aisyah radhiallahu-anha: Saya ikut bersama-sama Rasulullah s.a.w. dalam ghazwah (peperangan) Badar, lalu baginda berkata kepada saya: Mari kita berlumba lari! Maka saya pun menyingsing lengan dan menggariskan satu garisan tanda di tanah, dan dari situ kami pun berlumba lari, tetapi dia (baginda) telah mendahului saya. Kemudian baginda berkata pula: Ini ganti yang dulu di Dzul-Majaz. Dia mengingatkan saya suatu hari dulu, bila kami sedang berada di Dzul-Majaz dan pada ketika itu saya masih kecil lagi. Bapa saya telah memberi saya suatu barang, lalu baginda berkata kepada saya: Berikanlah saya barang itu. Saya enggan memberikan kepadanya, dan saya pun lari. Tiba-tiba baginda berlari di belakang saya, tetapi ia tidak dapat mengejar saya.

Siti Aisyah bercerita lagi: Pada suatu hari isteri baginda Saudah binti Zam’ah berada bersama-sama Rasulullah s.a.w., maka saya pun buatkan makanan khazir, dan bawa makanan itu seraya berkata kepada Saudah: Makan! Saudah menjawab: Saya tak suka makanan ini! Maka saya berkata kepadanya: Demi Allah engkau mesti makan makanan ini, kalau tidak aku akan lumurkan mukamu dengannya. Saudah masih enggan memakannya seraya berkata: Saya tidak ingin memakannya. Maka saya ambil sedikit makanan itu dari dalam piring lalu saya tonyohkan ke muka Saudah, padahal Rasulullah s.a.w. sedang duduk di antara saya dengan Saudah, kemudian baginda merendahkan lututnya untuk Saudah supaya ia boleh membalas. Saudah terus mengambil sedikit makanan itu dari piring, lalu melumurkan muka saya pula. Melihat kejadian itu, Rasulullah s.a.w. hanya ketawa saja.

Dari Abu Salamah pula: Rasulullah s.a.w. sering memanjakan cucuandanya al-Hasan bin Ali r.a dengan menjelirkan lidah kepadanya. Apabila al-Hasan melihat keadaan itu ia ketawa gembira.

Berkata Uyainah al-Fizari: Demi Allah, saya mempunyai seorang anak saja, sekarang ia telah berkahwin dan telah tumbuh rambut mukanya (cambangnya), tetapi saya tak pernah menciumnya sama sekali. Maka baginda pun bersabda:

“Siapa yang tak mempunyai belas kasihan, tak akan dibelas kasihani.” 

Semua sifat-sifat kelemah-lembutan ini berlaku pada golongan kaum wanita dan kanak-kanak kecil. Rasulullah s.a.w telah memperlakukan yang demikian kepada mereka kerana memandangkan lemahnya hati mereka, bukan kerana kecenderungannya kepada senda gurau semata-mata.

Pernah sekali Rasulullah s.a.w. berkata kepada Suhaib yang sedang makan korma, padahal ia terkena sakit mata. Kata baginda: Boleh makan korma juga? Bukankah matamu sakit? Jawab Suhaib: Saya makan dengan sebelah mata saja, wahai Rasulullah! Mendengar jawapannya Rasulullah s.a.w. tersenyum saja. Dalam setengah riwayat pula sehingga kelihatan gigi serinya.

Nu’aiman al-Ansari adalah seorang yang suka bergurau. Tiap-tiap kali ia datang ke Madinah ia membeli sesuatu barang di pasarnya, lalu membawanya sebagai hadiah kepada Rasulullah s.a.w. dengan berkata: Wahai Rasulullah! Saya telah membeli ini dan saya hadiahkan untukmu. Sekejap lagi datanglah tuan puya barang itu menuntut harga barang yang dibelinya tadi, maka ia membawa orang itu menghadap Rasulullah s.a.w. dengan berkata pula kepada baginda: Wahai Rasulullah, bayarkanlah harga barang tadi. Baginda pun bertanya kepada Nu’aiman: Bukankah barang itu engkau berikan kepada aku sebagai hadiah? Nu’aiman menjawab: Benar, wahai Rasulullah! Tetapi saya tak punya harganya dan saya suka tuan hamba memakannya. Mendengar yang demikian Rasulullah s.a.w. hanya ketawa, dan segeralah baginda membayar harganya.










MyEm0.Com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...