Wednesday, August 17, 2011

peristiwa 17 ramadhan..tanda rahmat Allah

asslamualaikum..


alhamdulillah telahpun masuk separuh daripada separuh ramadan..alhamdulillah juge kte masih bernyawa sehingga ke hari n saat ini..harini terukir wjah2 ceria n gumbire budak2 skolah n pekerja2..sebab ape..ok sebab cuti umum sempena nuzul quran~


harini masuk hari ke 17 kte menyempurnakan ibadah puasa..smoge amalan kte semakin mantap..insyaAllah.. 17 ramadan merupakan tarikh keramat..knape keramat?? sebab 2 perkara penting telah berlaku pada tarikh ini..yg pertama turunnya al-quran dan kedua berlakunya perang badar..perang pertama umat islam..


kedua2 peristiwa besar ini berlaku merupakan simbolik  kepada rahmat Allah bg orang yg berfikir.. adapun rahmat Allah mempunyai 100 juzuk..namun yg diturunkan oleh Allah dmuka bumi ini hanya satu juzuk sahaja.. bayangkan hanya SATU JUZUK sahaja.. tp rahmat yg kte rse melimpah2.. nikmat islam, nikmat iman, nikmat sehat n mcm2 lg.. bygkan time kte tido..telinga kita yg xberpintu ni..ade dmasuki cik semut..xdekan.. sepanjang mlm Allah jage kte drpd bahaya n bencana...ini merupakn rahmat Allah belaka..


mane lagi 99 juzuk...tercecior kt mne..haaa..99 juzuk lagi Allah tahan lu..stayback..bile Allah bagi??  ya apabila tibanya hari akhirat..Allah maha Pemurah akan melimpah kan rahmat nye d akhirat kelak..dosa diampun kerana rahmat..azab diringankn kerana rahmat.. n kte masuk syurga pun sume kerana rahmat Allah..


peristiwa turunnya alquran merupakan tanda kasihnya Allah pd hambanya..alquran diturun secara serentak maksudnye sekaligus di luh mahfuz..namun begitu diturunkan secare beransur2 ke muka bumi.. alquran diturunkan sebagai panduan kpd umat manusia..sebagai guideline utk menjalani kehidupan dmuka bumi sbagai hamba Allah utk mengabdikan diri kpd Nya n khalifah utk mentadbir bumi..


"kitab(alquran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa.(Iaitu) mereka yang beriman kpd yg ghaib yg mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yg Kami menganugerah kpd mereka). Dan mereka yg beriman kpd Kitab(alquran) yg tlh diturunkn sebelum kamu, serta mereka yakin akan adanya (kehidupan) akhirat. Mereka itulah org2 yg beruntung" (albaqarah: 2-5)




Perang badar yang berlaku pada tahun ke 2 hijrah bersamaan 17 ramadan merupakan sejarah penting bg umat islam..pada tahun itu umat islam diuji buat kali pertama untuk berpuasa dan diuji berperang bersama Rasulullah.. Perang badar boleh dikatakan sebagai '"pernang spontan" krna berlaku secara xsengaja tanpa sebarang perancangan keran tujuan Rasulullah keluar dari madinah adalah untuk mencegah kafilah arab quraisy daripada menceroboh kawasan madinah.


Sebelum berlaku perang badar, sudah7 kali Rasulullah menghantar pasukan utk menyekat kafilah dagang menceroboh ke kawasan madinah kerana mereka bukan sahaja menganggu penduduk yg mengikat perjanjian dengan Rasulullah malah sering mencuri haiwan ternakan dan merosakkan tanaman. Untuk kali ke 8 Rasulullah sendiri yg mengetuai pasukan itu yg memimpin pasukan seramai 313 org.Ramai para sahabat yg tidak trut serta krn menyangka tugas pasukan hanya utk memantau.


Kerana itu juga mereka keluar dgn serba kekurangan cuma mengenderai 2 ekor kuda dan 70 ekor unta secara bergilir2.maksudnya seekor unta ditunggang secara bergilir2 oleh 3 atau 4 org..Rasulullah sendiri berkongsi unta dgn Ali bin Abi Talib dan Marthad bin Abi Marthad. Mereka juga tidak membawa senjata yg mencukupi malah ada yg hanya bersenjatakn pelepah kurma...subhanallah..


Peperangan badar juga berlaku kerana keangkuhan Abu Jahal yg memimpin pasukan tentera quraisy. Tujuan mereka pada mulanya  adalah utk menyelamatkn kafilah dagang quraisy yg dkatakn dirampas oleh Rasulullah dan pengikutnya.Lalu Abu Jahal mewajibkan semua leelaki dewasa di mekah turun berperang ataupun mewakilkan org lain sebagai ganti.


Pasukan quraisy membuat persiapan dgn selengkapnya bg berperang dgn barisan tentera seramai 1300 org..4kali ganda drpd tentera islam.Mereka juga lengkap dgn tentera berkuda seramai 200 org dan 600 drpd mereka memakai baju besi..memang jauh beza la kan dgn tentera islam~


Walaupun Abu Jahal tlh diinformkan bahawa kafilah dagang mereka sudah selamat sampai dimekah namun kerana yakin dgn pasukan tentera dan kekuatan mereka, Abu Jahal tetap berkeras mahu meneruskan perjalanan mereka ke Badar dgn alasan mahu mengajak pasukan tenteranya bersuka ria dgn menyembelih unta dan meminum arak serta memuaskan nafsu dgn wanita2 yg mengiringi mereka.


Apabila Nabi Muhammad  mendapat tahu kemaraan pasukan quraisy, Rasulullah mengumpul pasukannya yg terdiri drpd kaum muhajirin dan ansar utk berhadapan dgn mereka kerana tidak mahu dituduh penakut berhadapan dgn pasukan quraisy.Akhirnya berlakulah perang badar..


Wlaupun tentera Islam sedikit..namun dengan rahmat Allah pasukan islam menang.Allah menurunkan pasukan malaikat untuk membantu mereka.Semasa perang berlaku, Abu Daud al-Mazni memberitahu Rasulullah bahawa belum sempat dia memenggal leher musuh, leher mereka tlh terputus dgn sendiri tanpa Abu Daud nampak siapa yg melakukannya..Terdapt juga tentera islam yg ketika mendongak ke langit dan ternampak seorang lelaki memakai jubah putih dan menunggang kuda putih sambil menghayunkan pedangnya.. subhanallah.. ini semua bantuan Allah dari langit.






Daripada bilangn 313 org yg mendaftar utk berperang..namun hanya 305 sahaja yg turut serta kerana 8 org lagi dbenarkan utk tidak turut serta atas sbb2 tertentu. Dan darpd 305 org hanya 14 org sahaja yg mati syahid.


Kerana pentingnya perang badar ini kerana nabi Muhammmad berdoa sekiranya mereka kalah maka tiada lagi umat islam yg akan menyembah Allah d muka bumi..Ini kerana hanya mereka sahaja kelompok umat islam yg ada pada waktu itu..


Ini cerita habis ringkas ttg pernag badar..rase cam nak cerita sedetail mungkin..tp nanti byk pulak..hee...




tanggal 17 ramadan menggamit pelbagai peristiwa..salam nuzul alquran semua (^^,)v





Sunday, August 14, 2011

khusyuk


suasana petang yang harmoni dan tenang di perkampungan bikini bottom...

Allahuakbar~!! Allahuakbar~!!

patrick star: oh...dah masuk waktu solat..
spongebob:

mari menuju kejayaan~!!

maka kedua orang sahabat baik ini pon bergegas menuju ke masjid yang terletak berhampiran dengan kedai krabby patty..

allahuakbar....
assalamualaikum warahmatullah..

usai mereka mengerjakan solat asar..

patrikc star: hu... sedih betul la..
spongebob: ??
patrick star: setiap kali aku solat, mesti aku x khusyuk... masa tu la nak ingat tu.. nak ingat ni.. time tu la teringat kunci kat mana, kucing aku da makan ke belum... dimana silap ku????
spongebob:hehe... mudah saja..ini analogi dari saya...
ada sebuah tasik penuh lumpur yang dipanggil tasik lumpur..dan ada 2 orang remaja.. A dan B.. remaja A sangat suka mandi lumpur tapi remaja B memang xjoin sekali.. dan 5 kali sehari mereka akan pulang ke rumah untuk mandi di sungai yang BERSIH..tapi remaja A selalu tertanya2... "apasal mandi sungai asyik x BERSIH je selalu ni??".. remaja B pulak..bersihnya bukan main...

patrick star: ....... (gaye berfikir)
spongebob: jadi sekarang faham x? kenapa kita selalu bila solat susah sangat nak khusyuk? rasa macam strunggle abis dam mase solat....nak khusyuk habis2an..
tapi secara x sedr kte langsung tak strunggle masa kita di luar solat..perlakuan seharian kita x islam, time solat la baru nak islam dan tunduk pada ajaran Allah Subhanallahtaala.
seharian mandi lumpur, kan susah nak bersihkan dengan air sungai 5 kali sehari.sebaiknya, kehidupan seharian kita pun mestilah di jaga.. betul x???

patrick star: OhHhhh~!! Astaghfirullahalazim.. baru la aku sedar!!! 

sejak haritu patrick star pun mula berubah.. setiap hari amal ibadahnya pun bertambah dan istiqamah..alhamdulillah.

diolah smula drpd komik hasil karya asyifa


smue org bole brubah =)



semua orang bole berubah..keep moving utk berubah sikit demi sikit..xperlu berubah secara mendadak..biar ada perubahan drpd tiada..jgn menjadi org yg suke menghukum..tp jadilh org yg bole membawa kpd perubahan bg mereka2 yg memerlukan pembimbing.. beri mereka peluang..insyaAllah..

Saturday, August 13, 2011

[Fotografi] Berjemaah Bukan Hanya Ramadhan | iluvislam.com + discover the beauty of islam

[Fotografi] Berjemaah Bukan Hanya Ramadhan | iluvislam.com + discover the beauty of islam

melukis sebagai medan dakwah

assalamualaikum....
alhamdulilllah harini telah masuk ramadan yang ke 13..bagaimanan dengan amalan kita d bulan ini..smakin menaik n rancak atau smakin slow down..hmmm..juzuk quran ????

insyaAllah saya sedang berusaha keras utk membace n trus mmbace quran..smoge target tahun ini tercapai..

melukis sebagai medan dakwah???? something yang menarik.. ramai yg dkurniakan dgn bakat melukis.. ramai yg  bole melukis namun lukisan yg memberi mesej mgkn kurang kte dpt lihat jika nak dbandingkan dgn komik2 kartun cinta n lawak... alhamdulillah saya dkurniakan tangan yg x keras n bole melukis..walopn masih bertatih2..lukisan saye xhebatpn.. tp saya mampu melukis semula ape2 lukisan kartun yg saye tengok..tapi kalo nk lukis gune idea sendiri~~~ entah la..

ramai yg advise saye utk melukis gune idea sendiri n jadikan ia sebagai salah stu cabang dakwah..hmm..idea yg sgt menarik..insyaAllah saye akan cube sikit demi sikit.. saye akan pos d wall fb saye n dlm blog..doakn saye ye!!

Thursday, August 4, 2011

I ask for strength... and Allah give me difficulties to make me strong

I ask for wisdom... and Allah give me problems to solve

I ask for courage... and Allah gave me obstacles to overcome

I ask for love.. and Allah gave me troubled people to help

I asked for favors.. and Allah gave me opportunities

maybe I received nothing I wanted .. but I received everything I needed..

Alhamdulillah..thank you Allah...

Monday, August 1, 2011

ramadan al mubarak

bismillahirrahmanirrahim..

alhamdulillah.. seinfiniti kesyukuran di panjatkan kepada Allah kerana dipertemukan lagi kita olehNya dengan bulan yang penuh barakah ini... genap 20 tahun saya diberi peluang dan kesempatan oleh Allah untuk menikmati ramadan yang saya kira amat mahal harganya.. bayangkan bagi pendosa-pendosa seperti kita..insan yang sentiasa khilaf dan amat selalu berbuat dosa masih lagi di beri peluang untuk berada dalam bulan yang mulia..bulan pengampunan..ramadan al mubarak..



setiap amalan  sunat dikira sebagai pahala amalan fardhu..dan amalan fardhu di gandakan amalan 70 kali ganda..hebatkan..bulan ramadan merupakan lubuk emas..yang menunggu si penggali untuk mencari dan mengumpulnya sebanyak yang mungkin.. jadi apa tunggu lagi.. bertindaklah dengan segera!!

Berpuasa sebagai adat bukan ibadat

Melihat senario masyarakat sekarang.. terutamanya yang jahil tentang agama.. ramadan yang mendatang di anggap sebagai satu kitaran yang perlu dilalui sebagai rutin setiap tahun.. ramadan dilalui kosong hanya sebagai syarat menunggu aidilfitri.. dipenuhi dengan aktiviti memuaskan hawa nafsu ketika berbuka dan membeli belah untuk raya.. ramadan yang kosong tanpa pengisian..

Dan telah menjadi adat bagi mereka untuk berpuasa namun yang menyedihkan kewajipan berpuasa tidak diikuti dengan kewajipan yang lain seperti solat fardhu dan menutup aurat dengan sempurna.



Ramadan bulan tarbiyyah

Ramadhan merupakan madrasah untuk kita memperbaiki diri kita..mendidik untuk mengislahkan diri dari peringkat yang baik ke peringkat yang lebih baik dan seterusnya.. membaca al quran dengan banyaknya bukan sekadar untuk bulan ramadan..ianya juga melatih untuk kita menjadikan pembacaan quran sebagai amalan harian.. begitu juga dengan solat terawikh, ianya melatih kita untuk melazimkan diri melakukan solat sunat.. bersedekah bukan hanya rancak semasa bulan puasa malah perlu dilakukan senantiasa..

let us maximize our ramadan with millions of good deeds..insyaAllah =)

lihat video ni :)


MyEm0.Com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...