makan dalam talam~ sangat seronok.. masa join usrah kat matrix, kakak2 usm (kakak2 ni follow up saya dari mrsm merbok lagi) ajak pergi rumah diorang.. dan disebabkan kami ramai jadi kami pun makan dalam talam.. masa tu la first time makan dalam talam secara jamaah =]..perasaan dia lain.. satu perasaan yang indah..walaupun makanan sikit dan hanya berlaukkan ikan goreng dan sayur kubis..tapi rasa sangat sedap macam makan lauk ayam dan rasa sangat kenyang..nikmatnya lebih..
pas maen kejor-kejor..santap dulu pon bes gak..huhu |
tradisi makan dalam talam ini sesuatu yang sangat bagus terutamanya dapat mengeratkan ukhuwah. Teringat masa makan setalam dengan rakan2 ukm..suapan pertama bukan untuk diri sendiri..itu syarat pertama yang diarahkankan oleh fasi program..jadi suapan pertama mestilah diberikan kepada orang lain. Sangat sweet =].. bagi muslimah mungkin ini perkara biasa..tapi bagi muslimin masing2 tersipu malu apabila bersuapan sesama mereka.
Makan dalam talam merupakan salah satu kaedah atau mekanisme ketika makan secara jamaah.kalau nak tahu, ketika zaman Rasulullah, baginda juga makan dalam talam bersama2 para sahabat..dan diantara perbuatan yang dilakukan oleh nabi ketika makan dalam talam ialah makan menggunakn tiga jari sambil lutut sebelah kanannya di angkat ke atas.Maksudnya makan setalam itu sendiri merupakan sunnah Rasulullah.
Logiknya, bagi kita terutamanya rumpun asia yang mana nasi merupakan makanan ruji kita. Mungkin sunnah menggunakan tiga jari tidak sesuai dipraktikkan kerana ianya mungkin memakan masa dan menyukarkan kita untuk menyuap nasi.Dan sebenarnya, waktu Rasulullah makan setalam pada waktu itu adalah dengan juadah 3 biji tamar dan susu.
Makan secara jamaah mempunyai keberkatan di sisi Allah.. walaupun tidak dengan talam..makan secara bersama2 diketuai seorang ketua yang akan membaca doa makan dan berniat supaya semua orang kenyang..kemudiannya, sama2 mengamalkan adab2 ketika makan sudah dikira makan secara berjamaah..
belum pernah makan setalam?? jom cuba try test (^.^)V
amboi meriahnye mak ngah~~ >.< |
No comments:
Post a Comment