Wednesday, August 17, 2011

peristiwa 17 ramadhan..tanda rahmat Allah

asslamualaikum..


alhamdulillah telahpun masuk separuh daripada separuh ramadan..alhamdulillah juge kte masih bernyawa sehingga ke hari n saat ini..harini terukir wjah2 ceria n gumbire budak2 skolah n pekerja2..sebab ape..ok sebab cuti umum sempena nuzul quran~


harini masuk hari ke 17 kte menyempurnakan ibadah puasa..smoge amalan kte semakin mantap..insyaAllah.. 17 ramadan merupakan tarikh keramat..knape keramat?? sebab 2 perkara penting telah berlaku pada tarikh ini..yg pertama turunnya al-quran dan kedua berlakunya perang badar..perang pertama umat islam..


kedua2 peristiwa besar ini berlaku merupakan simbolik  kepada rahmat Allah bg orang yg berfikir.. adapun rahmat Allah mempunyai 100 juzuk..namun yg diturunkan oleh Allah dmuka bumi ini hanya satu juzuk sahaja.. bayangkan hanya SATU JUZUK sahaja.. tp rahmat yg kte rse melimpah2.. nikmat islam, nikmat iman, nikmat sehat n mcm2 lg.. bygkan time kte tido..telinga kita yg xberpintu ni..ade dmasuki cik semut..xdekan.. sepanjang mlm Allah jage kte drpd bahaya n bencana...ini merupakn rahmat Allah belaka..


mane lagi 99 juzuk...tercecior kt mne..haaa..99 juzuk lagi Allah tahan lu..stayback..bile Allah bagi??  ya apabila tibanya hari akhirat..Allah maha Pemurah akan melimpah kan rahmat nye d akhirat kelak..dosa diampun kerana rahmat..azab diringankn kerana rahmat.. n kte masuk syurga pun sume kerana rahmat Allah..


peristiwa turunnya alquran merupakan tanda kasihnya Allah pd hambanya..alquran diturun secara serentak maksudnye sekaligus di luh mahfuz..namun begitu diturunkan secare beransur2 ke muka bumi.. alquran diturunkan sebagai panduan kpd umat manusia..sebagai guideline utk menjalani kehidupan dmuka bumi sbagai hamba Allah utk mengabdikan diri kpd Nya n khalifah utk mentadbir bumi..


"kitab(alquran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa.(Iaitu) mereka yang beriman kpd yg ghaib yg mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yg Kami menganugerah kpd mereka). Dan mereka yg beriman kpd Kitab(alquran) yg tlh diturunkn sebelum kamu, serta mereka yakin akan adanya (kehidupan) akhirat. Mereka itulah org2 yg beruntung" (albaqarah: 2-5)




Perang badar yang berlaku pada tahun ke 2 hijrah bersamaan 17 ramadan merupakan sejarah penting bg umat islam..pada tahun itu umat islam diuji buat kali pertama untuk berpuasa dan diuji berperang bersama Rasulullah.. Perang badar boleh dikatakan sebagai '"pernang spontan" krna berlaku secara xsengaja tanpa sebarang perancangan keran tujuan Rasulullah keluar dari madinah adalah untuk mencegah kafilah arab quraisy daripada menceroboh kawasan madinah.


Sebelum berlaku perang badar, sudah7 kali Rasulullah menghantar pasukan utk menyekat kafilah dagang menceroboh ke kawasan madinah kerana mereka bukan sahaja menganggu penduduk yg mengikat perjanjian dengan Rasulullah malah sering mencuri haiwan ternakan dan merosakkan tanaman. Untuk kali ke 8 Rasulullah sendiri yg mengetuai pasukan itu yg memimpin pasukan seramai 313 org.Ramai para sahabat yg tidak trut serta krn menyangka tugas pasukan hanya utk memantau.


Kerana itu juga mereka keluar dgn serba kekurangan cuma mengenderai 2 ekor kuda dan 70 ekor unta secara bergilir2.maksudnya seekor unta ditunggang secara bergilir2 oleh 3 atau 4 org..Rasulullah sendiri berkongsi unta dgn Ali bin Abi Talib dan Marthad bin Abi Marthad. Mereka juga tidak membawa senjata yg mencukupi malah ada yg hanya bersenjatakn pelepah kurma...subhanallah..


Peperangan badar juga berlaku kerana keangkuhan Abu Jahal yg memimpin pasukan tentera quraisy. Tujuan mereka pada mulanya  adalah utk menyelamatkn kafilah dagang quraisy yg dkatakn dirampas oleh Rasulullah dan pengikutnya.Lalu Abu Jahal mewajibkan semua leelaki dewasa di mekah turun berperang ataupun mewakilkan org lain sebagai ganti.


Pasukan quraisy membuat persiapan dgn selengkapnya bg berperang dgn barisan tentera seramai 1300 org..4kali ganda drpd tentera islam.Mereka juga lengkap dgn tentera berkuda seramai 200 org dan 600 drpd mereka memakai baju besi..memang jauh beza la kan dgn tentera islam~


Walaupun Abu Jahal tlh diinformkan bahawa kafilah dagang mereka sudah selamat sampai dimekah namun kerana yakin dgn pasukan tentera dan kekuatan mereka, Abu Jahal tetap berkeras mahu meneruskan perjalanan mereka ke Badar dgn alasan mahu mengajak pasukan tenteranya bersuka ria dgn menyembelih unta dan meminum arak serta memuaskan nafsu dgn wanita2 yg mengiringi mereka.


Apabila Nabi Muhammad  mendapat tahu kemaraan pasukan quraisy, Rasulullah mengumpul pasukannya yg terdiri drpd kaum muhajirin dan ansar utk berhadapan dgn mereka kerana tidak mahu dituduh penakut berhadapan dgn pasukan quraisy.Akhirnya berlakulah perang badar..


Wlaupun tentera Islam sedikit..namun dengan rahmat Allah pasukan islam menang.Allah menurunkan pasukan malaikat untuk membantu mereka.Semasa perang berlaku, Abu Daud al-Mazni memberitahu Rasulullah bahawa belum sempat dia memenggal leher musuh, leher mereka tlh terputus dgn sendiri tanpa Abu Daud nampak siapa yg melakukannya..Terdapt juga tentera islam yg ketika mendongak ke langit dan ternampak seorang lelaki memakai jubah putih dan menunggang kuda putih sambil menghayunkan pedangnya.. subhanallah.. ini semua bantuan Allah dari langit.






Daripada bilangn 313 org yg mendaftar utk berperang..namun hanya 305 sahaja yg turut serta kerana 8 org lagi dbenarkan utk tidak turut serta atas sbb2 tertentu. Dan darpd 305 org hanya 14 org sahaja yg mati syahid.


Kerana pentingnya perang badar ini kerana nabi Muhammmad berdoa sekiranya mereka kalah maka tiada lagi umat islam yg akan menyembah Allah d muka bumi..Ini kerana hanya mereka sahaja kelompok umat islam yg ada pada waktu itu..


Ini cerita habis ringkas ttg pernag badar..rase cam nak cerita sedetail mungkin..tp nanti byk pulak..hee...




tanggal 17 ramadan menggamit pelbagai peristiwa..salam nuzul alquran semua (^^,)v





No comments:

Post a Comment

MyEm0.Com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...