Sunday, December 26, 2010

Kelebihan umat Nabi Muhammad menurut pandangan Nabi Adam

Disebutkan bahwa Nabi Adam A.S telah berkata, “Sesungguhnya Allah S.W.T telah memberikan kepada umat Muhammad S.A.W empat kemuliaan yang tidak diberikan kepadaku:


·    Taubatku hanya diterima di kota Mekah, sementara taubat umat Nabi Muhammad S.A.W diterima di sebarang tempat oleh Allah S.W.T.


·    Pada mulanya aku berpakaian, tetapi apabila aku berbuat derhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah menjadikan aku telanjang. Umat Muhammad S.A.W membuat derhaka dengan telanjang, tetapi Allah S.W.T memberi mereka pakaian.


·    Ketika aku telah berderhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah memisahkan aku dengan isteriku. Tetapi umat Muhammad S.A.W berbuat derhaka, Allah S.W.T tidak memisahkan isteri mereka.


·    Memang benar aku telah derhaka kepada Allah S.W.T dalam syurga dan aku dikeluarkan dari syurga, tetapi umat Muhammad S.A.W durhaka kepada Allah akan dimasukkan ke dalam syurga apabila mereka bertaubat kepada Allah S.A.W.

Monday, December 6, 2010



Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Penyayang. Segala pujian itu bagi Allah Tuhan sekalian Alam.Rahmat dan sejahtera atas Penghulu kami Nabi Muhammad dan atas keluarga dan sahabar-sahabat baginda sekalian. Ya Allah. Engkaulah Tuhan yang kekal selam-lamanya, sedia ada, tiada permulaan.Kelebihan Mu Maha Besar dan kemurahan-Mu sangat-sangat diharapkan. Tibalah sudah tahun baru. kami mohon kepada Mu agar terpelihara kami sekalian di dalam tahun baru ini daripada tipu daya syaitan-syaitan yang terlaknat juga daripada kuncu-kuncu syaitan dan bala tenteranya. Dan kami mohon daripada Mu akan pertolongan mengalahkan runtunan nafsu amarah (nafsu mendorong kepada kejahatan). Kami mohon juga kepada Mu Ya Allah akan rasa sedia ingin membuat kerja-kerja kebajikan yang boleh mendampingkan diri kami kepada Mu. Ya Allah Tuhan Yang Maha Agung lagi Mulia. Ya Allah Tuhan yang sebaik-baik yang mengurniakan rahmat.

Salam maal hijrah 1432H \(>_<)/... smoge thun baru yang mendatang ini akan mbawa hijrah dlm diri kita untuk menjadi insan yang lebih baik..tingkatkn amal dan kurang kn dosa.smoge Allah rahmati d murahkan lagi rezki kalian.. amin Ya Rabb..salam ukhuwah kerana Allah..

Saturday, December 4, 2010

Muwasafat tarbiyyah



1. Aqidah yang sejahtera (Salimul Aqidah)Redha Allah sebagai tuhan, Islam sebagai Agama dan Muhammad saw sebagai Nabi.Sentiasa muraqabah Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir.Menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhat.

2. Ibadah yang betul (Sahihul Ibadah)Perlu melakukan ibadat yang meninggikan roh dan jiwanya.Perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram.Tidak melampau atau berkurang (pertengahan).

3. Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq)Akhlak kita ialah Al-Quran dan ditunjukkan oleh Nabi saw.Dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan dai iaitu sensitif, tawadhu, benar dalam perkataan dan perbuatan, tegas, menunai janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dll.

4. Luas pengetahuan (Mutsaqqafal Fikri)Perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain.Perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis dan diterangkan oleh ulama yang thiqah.Pesan Imam Banna: Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi.Mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, mempelajari seerah, kesah salaf dan kaedah serta rahsia hukum yang penting.

5. Sihat tubuh badan (Qawiyyal Jism)Dakwah berat tanggungjawab dan tugas - perlukan badan yang sihat dan kuat.Rasulullah saw menitikberatkan soal ini. Maksud Hadis : Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan.Pesanan al-Banna:Memeriksa kesihatan diri,mengamalkan riyadhah dan tidak memakan/minum suatu yang merosakkan badan.

6. Mampu berdikari (Qadiran ala Kasbi)Walaupun kaya, perlu bekerja.Tidak terlalu mengejar jawatan dalam kerajaan/resmi.Meletakkan jawatan dan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih utama dari gaji dan pendapatan.Melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan).Menjauhi riba dalam semua lapangan.Menyimpan untuk waktu kesempitan.Menjauhi segala bentuk kemewahan apatahlagi pembaziran.Memastikan setiap sen yang dibelanja tidak jatuh ke tangan bukan Islam.

7. Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi)Perlu azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam.Tidak menghiraukan apa orang kata dalam mempraktikkan Islam.Dai mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa dengan kesusahan.

8. Sangat menjaga masa (Haarithun ala Waqtihi)Waktu lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula.Sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka...Aku adalah makhluk baru.. menjadi saksi kepada manusia.

9. Tersusun urusannya (Munazzamun fi syu’unihi)Untuk manfaatkan waktu dengan baik.. perlu penyusunan dalam segala urusan.Gunakan segala masa dan tenaga tersusun untuk manfaat Islam dan dakwah.

10. Bermanfaat pada orang lain (Nafi’un li ghairihi)Dai umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh orang lain. Dai adalah penggerak dakwah dan Islam. Masa depan Islam, hidup mati Islam bergantung kepada dai.Amal Islam ialah untuk menyelamatkan orang lain dari kesesatan.Dai merasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah.

Thursday, December 2, 2010

musibah membawa tuah

Abu Salamah dan Ummu Salamah ialah pasangan bahagia. Kedua-duanya termasuk sebagai orang terawal menerima risalah Nabi s.a.w di Makkah ketika penduduk kota Mekah menolaknya.

Pahit  getir kehidupan dalam menjaga aqidah mereka lalui bersama-sama dengan tabah.Termasuklah apabila pasangan ini hendak berhijrah ke Madinah, mereka harus terpisah kerana orang musyrik menghalang  Abu Salamah untuk membawa isteri dan anaknya untuk berhijrah. Setelah satu tahun kemudian, Allah menyatukan kembali dua insan yang saling mencintai ini di kota Madinah bersama Rasulullah s.a.w.


Suatu hari Ummu Salamah mendengar Rasulullah s.a.w besabda:" Tidaklah aku jadikan seorang Muslim ditimpa musibah, lalu ia mengucapkan kata-kata yang Allah perintahkan (Inna lillah wa inna ilahi raji'un) dan berdoa:"Ya Allah, berikanlah daku pahala atas musibah ini, dan gantikanlah musibah ini dengan sesuatu yang lebih baik,"sudah tentu Allah akan menggantikan musibah itu dengan sesuatu yang lebih baik untuknya."

Tidak lama selepas itu, bertepatan dengan peristiwa Uhud, Abu Salamah pulang ke rumah sambil membawa luka-luka yang sangat parah.Lima bulan kemudian, beliau meninggal dunia kerana luka tersebut. Kejadian ini sungguh menyayat hati Ummu Salamah. Ia segera teringat akan ucapan Nabis.a.w, namun ia ragu-ragu untuk mengucapkan kata-kata yang diajarkan Rasulullah s.a.w. namun ia ragu-ragu untuk mengucapkan kata-kata yang diajarkan Rasulullah s.a.wSebabb ia berfikir, siapakah orang yang lebih baik daripada Abu Salamah? Beliau adalah suami yang begini dan begitu.Ia terus mengingati suaminya itu.Namun begitu, akhirnya Ummu Salamah tetap mengucapkan kata-kata itu juga.

Tidak lama setelah masa idahnya berlalu, Rasulullah s.a.w datang meminang Ummu Salamah. Baginda adalah manusia terbaik yang pernah Allah ciptakan bagi menggantikan Abu Salamah sebagai janji Allah untuk orang yang sabar dalam menghadapi musibah.

Kisah yang sangat indah untuk dijadikan teladan.Janji Allah itu pasti!! dan kesudahan kepada musibah adalah kemanisan yang tidak terhingga.... 

MyEm0.Com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...