Monday, August 1, 2011
ramadan al mubarak
bismillahirrahmanirrahim..
alhamdulillah.. seinfiniti kesyukuran di panjatkan kepada Allah kerana dipertemukan lagi kita olehNya dengan bulan yang penuh barakah ini... genap 20 tahun saya diberi peluang dan kesempatan oleh Allah untuk menikmati ramadan yang saya kira amat mahal harganya.. bayangkan bagi pendosa-pendosa seperti kita..insan yang sentiasa khilaf dan amat selalu berbuat dosa masih lagi di beri peluang untuk berada dalam bulan yang mulia..bulan pengampunan..ramadan al mubarak..
setiap amalan sunat dikira sebagai pahala amalan fardhu..dan amalan fardhu di gandakan amalan 70 kali ganda..hebatkan..bulan ramadan merupakan lubuk emas..yang menunggu si penggali untuk mencari dan mengumpulnya sebanyak yang mungkin.. jadi apa tunggu lagi.. bertindaklah dengan segera!!
Berpuasa sebagai adat bukan ibadat
Melihat senario masyarakat sekarang.. terutamanya yang jahil tentang agama.. ramadan yang mendatang di anggap sebagai satu kitaran yang perlu dilalui sebagai rutin setiap tahun.. ramadan dilalui kosong hanya sebagai syarat menunggu aidilfitri.. dipenuhi dengan aktiviti memuaskan hawa nafsu ketika berbuka dan membeli belah untuk raya.. ramadan yang kosong tanpa pengisian..
Dan telah menjadi adat bagi mereka untuk berpuasa namun yang menyedihkan kewajipan berpuasa tidak diikuti dengan kewajipan yang lain seperti solat fardhu dan menutup aurat dengan sempurna.
Ramadan bulan tarbiyyah
Ramadhan merupakan madrasah untuk kita memperbaiki diri kita..mendidik untuk mengislahkan diri dari peringkat yang baik ke peringkat yang lebih baik dan seterusnya.. membaca al quran dengan banyaknya bukan sekadar untuk bulan ramadan..ianya juga melatih untuk kita menjadikan pembacaan quran sebagai amalan harian.. begitu juga dengan solat terawikh, ianya melatih kita untuk melazimkan diri melakukan solat sunat.. bersedekah bukan hanya rancak semasa bulan puasa malah perlu dilakukan senantiasa..
let us maximize our ramadan with millions of good deeds..insyaAllah =)
lihat video ni :)
lihat video ni :)
Wednesday, July 27, 2011
.::keajaiban solat::.
Solat adalah ibadah yg plg sesuai bagi seluruh tubuh badan manusia. Gerakan-gerakannya berpatutan dgn grakan khas tubuh badan seorg muslim. Namun pernahkah kita terfikir mengenai manfaat-manfaat yang dihasilkan oleh setiap gerakan ini? Sudut ilmiah mengatakan solat sebuah kilang ubat bagi pelbagai penyakit.Semasa seseorang hamba cukup syarat mendirikan solat, semenjak itulah dia mula mencari makna dan manfaatnya.
1.Takbiratul ihram, menguatkan otot lengan dan melancarkan pengaliran darah.
manfaat: gerakan ini melancarkan pengaliran darah dan limfa dan menguatkan otot lengan. Kedudukan jantung d bwah otak memungkinkn darah mengalir lancar ke seluruh tubuh badan. Semasa kita mengangkat kedua belah tangan, otot bahu menengang hngga darah yg kaya dgn oksigen mengalir dgn lancar.Kemudian kedua-dua tangan dirapatkan ke depan perut ataupun dada di bahagian bawah. Gerakan ini menjauhkn kita drpd pelbagai gangguan penyakit2 sendi khususnya pd tubuh bahagian atas.
2.Rukuk, mengembalikan fungsi tulang belakang.
manfaat: Gerakan ini menjaga kesempurnaan kedudukan dan fungsi tulang belakang (corpus vertebrae) sebagai penyangga tubuh dan pusat saraf. Kedudukan jantung sejajar dgn otak, maka pengaliran darah menjadi maksimum pd tubuh bahagian tengah. Tangan yg di letakkan pd lutut merelakskan otot2 bahu hingga ke bawah. Selain drpd itu, rukuk juga adalah latihan kemih (latihan mengawal pundi kencing) bg mncegah gangguan prostat.
3.Iktidal, melancarkan pencernaan.
manfaat: Iktidal adalah gerakan yg dlakukan selepas rukuk dan sblm sujud. Gerakan berdiri, membongkok dan berdiri semula adalah latihan pencernaan yang baik. Organ-organ pencernaan dlm perut mengalami pengecutan dan pelonggaran secara berganti.Kesannya, pencernaan menjadi lancar.
4.Sujud, mengalirkan oksigen, menguatkan daya fikir, memudahkan proses bersalin dan meningkatkan kesuburn.
manfaat: aliran limfa dipam ke bhagian leher dan ketiak. Kedudukan jantung d atas otak menyebabkan darah yg kaya dgn oksigen mengalir dgn maksimum ke dlm otak. Pengaliran ini memberi pengaruh kpd daya fikiran kita.Oleh itu, lakukan sujud dgn tamakninah, jgn tergesa-gesa supaya darah mengalir sebanyak2nya ke dalm otak. Gerakan ini juga menghindar gangguan penyakit buasir. Khususnya bg wanita, gerakan rukuk dan juga sujud mempunyai manfaat luar biasa bg kesuburan dan kesihatan organ kewanitaan.
Sujud adalah latihan kekuatan bg otot tertentu, termasuk otot dada.Semasa pinggul dan pinggang d angkat melampaui kepala dan dada, otot-otot perut(rectus abdominis dan obliquus abdominis externuus) mengecut sepenuhnya. Gerakan ini melatih organ di sekitar perut bg meneran dgn lebih dlm dan lama. Ini memberi manfaat kpd kaum wanita krn dlm proses bersalin, mereka memerlukan pernafasan yg baik dan kemampuan meneran yg mencukupi.
Apabila otot perut berkembang dgn lebih besar dan lebih kuat, secara automatik, ia menjadi lbh elastik. Biasanya sujud menyebabkn tubuh badan mengembalikan dan mempertahahnkan organ2 perut pd badannya semula.
5.Duduk antara dua sujud, menghindri penyakit lumpuh dan mencegah masalah mati pucuk.
manfaat: Semasa melakukan iftirasy(tahiyat awal), kita tertumpu kpd pangkal peha yg berhubung dgn saraf nerves ishiadius. Kedudukan ini mengelakkan sakit pada pangkal paha yg sering enyebabkan seseorang iti tidak dpt berjalan. Duduk tawarruk (tahiyat akhir) pula baik bagi kaum lelaki kerana tumit menekan aliran limfa (urethra), kelenjar kelamin lelaki (prostata) dan saluran vas deferens. Sekiranya dilakukan dgn betul, gerakan ini mampu mencegah msalah mati pucuk.
Kedudukan tapak kaki yg berbeza semasa kita mlakukan iftirasy dan tawarruk menyebabkn seluruh otot kakai turut menyebabkan seluruh otot kaki meregang dan relaks kembali. Gerakan dan tekanan yg harmoni inilah yg menjga kelenturan dan kekuatan organ2 gerak kita.
6. Salam, merelakskan otot leher dan menegangkan kulit muka.
manfaat: merelakskan otot d sekeliling leher dan kepala dan ini dapat menyempurnakan aliran darah di kepala. Gerakan ini mencegah sakit kepala dan ketegangan muka.
Kesimpulannya, beribadat secara istiqamah bukn shaja menyuburkan iman tetapi juga mencantikkan diri luar dan dalam.
sumber: buku diari hidup Rasulullah.pts
Wednesday, February 2, 2011
syukur..alhamdulillah.
Nikmat Allah kepada hambanya tidak terhitung.Lihat sahaja di sekeliling kita.Udara yang kita hirup tanpa henti itu, adakah perlu di bayar?? sama sekali tidak. Sebaliknya ia percuma(tanpa charge2 tersembunyi). Dan sekiranya Allah meletakkan harga bagi setiap sedutan udara saya kira sudah pasti kita tidak akan mampu dan sebaliknya kita terpaksa berhutang kepada Allah kerana tidak mampu membayarnya.
Kemudian lihat pula pada tubuh badan kita. Lengkap dengan anggota. Ada tangan,kaki, hidung, mata, telinga. Tiada yang cacat. Ada orang yang berkata "ah, aku ni dah la miskin, duit satu sen pun xde!"
Bagi saya si polan/polanah ini silap.Sebenarnya dia adalah seorang yang kaya. Kaya? Ya kaya. Mungkin bukan dari segi harta atau wang ringgit.Tetapi di kaya kerana mempunyai tubuh badan yang lengkap dan sihat.
Perumpamaannya ringkas.Kita bandingkan antara si polan ini dengan si kaya raya, punya banyak kereta. Kereta BMW digunakan hanya untuk ke pasar membeli ikan.Rumah tak payah cakap, nah 15 tingkat(kalah Datuk Yusof Haslam). Namun si kaya ini hanya terlantar di katil hospital. Semua penyakit dia anda.Kencing manis, darah tinggi, sakit jantung. Hendak jalan pun tidak boleh. Sehinggakan makan pun perlu disuap.
Lihat.. disini saya ingin bertanya pula pada kalian.Siapa yang lebih kaya? Si polan tadi yang tidak punya apa-apa namun dikurniakan tubuh yang sihat dan bisa melakukan apa yang dia mahu atau si kaya yang menggunung hartanya namun langsung tidak membawa apa-apa makna kepada dirinya.
Allah Azza Wa Jalla berfiman:
"Maka ingatlah kepadaKu.Nescaya Aku ingat kepadamu. Dan berterima kasihlah kepadaKu dan janganlah kamu menyangkal nikmatKu."
(Al-Baqarah:152)
"...Nanti kami balasi orang-orang yang berterima kasih kepada Kami".
(Ali-Imran:145)
"Demi jika kamu berterima kasih, nescaya Ku tambah nikmat yang ada padamu, tetapi jika kamu kufur (tiada berterima kasih) sesungguhnya seksaanKu amat keras."
(Ibrahim:7)
Woo.. amacam?? modal kita sangat murah dan saya kira tidak memerlukan kos langsung.Tapi pulangannya nah berlipat kali ganda(kalah perniagaan MLM,hehe).Hanya mengucapkan syukur disamping mentaati Allah. Allah tambah dan tambah dan tambah nikmat pada kita.Maha Pemurah kan Allah.
Namun, iblis mengancam hendak menyesatkan manusia.
"..(Sehingga) kebanyakan mereka tidak berterima kasih (kepada Engkau)."
(Ali-Imran:17)
"Sedikit hamba-hambaku yang bersyukur."
(As-Saba':13)
Iblis tidak akan pernah berhenti menyesatkan manusia. Menyerang dari setiap penjuru, kiri dan kanan. Kecuali dua sudut ini iaitu atas dan bawah. Oleh itu kita perlu menggunakan kedua sudut ini sebaik mungkin.
Bagaimana?
Dari atas, kita perlu sentiasa berdoa kepada Allah supaya sentiasa dilindugi daripada syaitan yang terkutuk dan mohon rahmatNya. Hanya dengan rahmatNya yang akan memayungi kita daripada serangan dan godaan iblis dan syaitan.
Kemudian dari bawah, kita hendaklah merendahkan diri kita serendah-rendahnya di hadapan Allah. Kita adalah selemah-lemah dan sehina-hina hamba di hadapan Nya. Tidak punya apa-apa.Dan pada Allah tempat kita bergantung.
Marilah jadi hamba yang bersyukur.
Syukur, alhamdulillah =)
keajaiban Ilahi
membuatkan kita berfikir betapa hebat nya Allah.. yang menetap dan mengatur segala yang ada di langit dan di bumi dan yang ada di antaranya dengan begitu cantik dan begitu molek sekali.
setiap yang berlaku membawa hikmah yang tidak terjangkau oleh benak fikiran kita.
mari kita renungi kisah yang ingin saya paparkan
Pada suatu, sepasang suami isteri sedang makan di rumah mereka.Tiba-tiba pintu rumah diketuk oleh seorang pengemis. Melihat keadaan yang daif itu, si isteri berasa terharu dan ingin memberi makan kepada pengemis itu. Tetapi sebagai isteri yang taat dan patuh kepada suaminya, dia meminta izin terlebih dahulu.
"wahai suamiku, bolehkah aku memberi makanan kepada pengemis itu?"
Rupa-rupanya sikap si suami ternyata berbeza daripada si isteri. Dengan suara lantang dan kasar, dia menjawab." Tidak payah. Halau sahaja dia dan tutup pintu!"
Wanita berhati mulia itu terpaksa menurut perintah suaminya dengan hati yang sedih dan tidak memberi makan kepada pengemis itu.
Tidak selama selepas itu, perniagaan si suami mengalami kemerosotan dan akhirnya bankrap. Dia terpaksa menanggung beban hutang yang begitu banyak.Dan disebabkan sifat suami isteri yang berbeza, rumah tangga mereka menjadi huru-hara..dan akhirnya mereka bercerai.
Tidak lama selepas tempoh idahnya tamat. Wanita itu dipinang dan berkahwin semula.Suaminya merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya di kota dan hidup bahagia.
Pada suatu hari, ketika wanita itu sedang makan tengahari bersama suami barunya, tiba-tiba ada seseorang mengetuk pintu rumah mereka. Apabila pintu dibuka, ternyata terdapat tetamu yang tidak diundang iaitu seorang pengemis. Wanita itu berasa amat sedih melihat keadaan pengemis yang amat daif itu. Lalu dia berkata kepada suaminya "Bolehkah saya memberi makan kepada pengemis itu?"
"Ya, berikan makanan kepada pengemis itu"
Selepas memberi makan kepada si pengemis. Si isteri terus berlari masuk ke dalam rumah dan menangis teresak-esak. Si suami berasa kehairanan dan bertanya " Mengapa kamu menangis? Adakah kerana aku menyuruh kamu memberi daging ayam kepada pengemis itu?
Si isteri menggelengkan kepala, lalu berkata dengan sedih." Saya sedih dengan perjalanan takdir yang sungguh menakjubkan. Kamu tahukah siapa pengemis di luar itu? Dia adalah bekas suamiku".
Mendengar penjelasan si isteri, si suami berasa amat terkejut dan berkata" tahukah kamu siapa yang kini menjadi suami kamu? Saya adalah pengemis yang dulu di halaunya!"
Allahu akbar..!! siapakah yang mengaturkan peristiwa ini? tentulah Allah azza wajalla.. hebatnya Allah.
satu peristiwa yang benar2 menyentuh hati kecil saya. Agungnya Allah menyusun ketentuanNya.
dia yang berkuasa di atas setiap ciptaanNya.
sebagai makhluk Allah yang terlalu kerdil dan boleh saya kiaskan kita adalah habuk yang lebih kecil dr habuk yang ada di bumi ini jika hendak dibandingkan dengan zat Allah yang Maha Besar.
hendaklah kita kembalikan segala urusan kita kepada Allah dan perlulah kita menjadi insan yang taat dan sentiasa cintakan kebaikan.
Ayuh kita menjadi insan yang bermanfaat..moga2 kita dikurniakan ketentuaan yang indah dalam hidup kita. mari!
Subscribe to:
Posts (Atom)




