Wednesday, July 27, 2011

.::keajaiban solat::.

Solat adalah ibadah yg plg sesuai bagi seluruh tubuh badan manusia. Gerakan-gerakannya berpatutan dgn grakan khas tubuh badan seorg muslim. Namun pernahkah kita terfikir mengenai manfaat-manfaat yang dihasilkan oleh setiap gerakan ini? Sudut ilmiah mengatakan solat sebuah kilang ubat bagi pelbagai penyakit.Semasa seseorang hamba cukup syarat mendirikan solat, semenjak itulah dia mula mencari makna dan manfaatnya.


1.Takbiratul ihram, menguatkan otot lengan dan melancarkan pengaliran darah.

manfaat: gerakan ini melancarkan pengaliran darah dan limfa dan menguatkan otot lengan. Kedudukan jantung d bwah otak memungkinkn darah mengalir lancar ke seluruh tubuh badan. Semasa kita mengangkat kedua belah tangan, otot bahu menengang hngga darah yg kaya dgn oksigen mengalir dgn lancar.Kemudian kedua-dua tangan dirapatkan ke depan perut ataupun dada di bahagian bawah. Gerakan ini menjauhkn kita drpd pelbagai gangguan penyakit2 sendi khususnya pd tubuh bahagian atas.

2.Rukuk, mengembalikan fungsi tulang belakang.

manfaat: Gerakan ini menjaga kesempurnaan kedudukan dan fungsi tulang belakang (corpus vertebrae) sebagai penyangga tubuh dan pusat saraf. Kedudukan jantung sejajar dgn otak, maka pengaliran darah menjadi maksimum pd tubuh bahagian tengah. Tangan yg di letakkan pd lutut merelakskan otot2 bahu hingga ke bawah. Selain drpd itu, rukuk juga adalah latihan kemih (latihan mengawal pundi kencing) bg mncegah gangguan prostat.

3.Iktidal, melancarkan pencernaan.

manfaat: Iktidal adalah gerakan yg dlakukan selepas rukuk dan sblm sujud. Gerakan berdiri, membongkok dan berdiri semula adalah latihan pencernaan yang baik. Organ-organ pencernaan dlm perut mengalami pengecutan dan pelonggaran secara berganti.Kesannya, pencernaan menjadi lancar.

4.Sujud, mengalirkan oksigen, menguatkan daya fikir, memudahkan proses bersalin dan meningkatkan kesuburn.

manfaat: aliran limfa dipam ke bhagian leher dan ketiak. Kedudukan jantung d atas otak menyebabkan darah yg kaya dgn oksigen mengalir dgn maksimum ke dlm otak. Pengaliran ini memberi pengaruh kpd daya fikiran kita.Oleh itu, lakukan sujud dgn tamakninah, jgn tergesa-gesa supaya darah mengalir sebanyak2nya ke dalm otak. Gerakan ini juga menghindar gangguan penyakit buasir. Khususnya bg wanita, gerakan rukuk dan  juga sujud mempunyai manfaat luar biasa bg kesuburan dan kesihatan organ kewanitaan.

Sujud adalah latihan kekuatan bg otot tertentu, termasuk otot dada.Semasa pinggul dan pinggang d angkat melampaui kepala dan dada, otot-otot perut(rectus abdominis dan obliquus abdominis externuus) mengecut sepenuhnya. Gerakan ini  melatih organ di sekitar perut bg meneran dgn lebih dlm dan lama. Ini memberi  manfaat kpd kaum wanita krn dlm proses bersalin, mereka memerlukan pernafasan yg baik dan kemampuan meneran  yg mencukupi.

Apabila otot perut berkembang dgn lebih besar dan lebih kuat, secara automatik, ia menjadi lbh elastik. Biasanya sujud menyebabkn tubuh badan mengembalikan dan mempertahahnkan organ2 perut pd badannya semula.

5.Duduk antara dua sujud, menghindri penyakit lumpuh dan mencegah masalah mati pucuk.

manfaat: Semasa melakukan iftirasy(tahiyat awal), kita tertumpu kpd pangkal peha yg berhubung dgn saraf nerves ishiadius. Kedudukan ini mengelakkan sakit pada pangkal paha yg sering enyebabkan seseorang iti tidak dpt berjalan. Duduk tawarruk (tahiyat akhir) pula baik bagi kaum lelaki kerana tumit menekan aliran limfa (urethra), kelenjar kelamin lelaki (prostata) dan saluran vas deferens. Sekiranya dilakukan dgn betul, gerakan ini mampu mencegah msalah mati pucuk.

Kedudukan tapak kaki yg berbeza semasa kita mlakukan iftirasy dan tawarruk menyebabkn seluruh otot kakai turut menyebabkan seluruh otot kaki meregang dan relaks kembali. Gerakan dan tekanan yg harmoni inilah yg menjga kelenturan dan kekuatan organ2 gerak kita.

6. Salam, merelakskan otot leher dan menegangkan kulit muka.

manfaat: merelakskan otot d sekeliling leher dan kepala dan ini dapat menyempurnakan aliran darah di kepala. Gerakan ini mencegah sakit kepala dan ketegangan muka.

Kesimpulannya, beribadat secara istiqamah bukn shaja menyuburkan iman tetapi juga mencantikkan diri luar dan dalam.

sumber: buku diari hidup Rasulullah.pts


1 comment:

MyEm0.Com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...