membuatkan kita berfikir betapa hebat nya Allah.. yang menetap dan mengatur segala yang ada di langit dan di bumi dan yang ada di antaranya dengan begitu cantik dan begitu molek sekali.
setiap yang berlaku membawa hikmah yang tidak terjangkau oleh benak fikiran kita.
mari kita renungi kisah yang ingin saya paparkan
Pada suatu, sepasang suami isteri sedang makan di rumah mereka.Tiba-tiba pintu rumah diketuk oleh seorang pengemis. Melihat keadaan yang daif itu, si isteri berasa terharu dan ingin memberi makan kepada pengemis itu. Tetapi sebagai isteri yang taat dan patuh kepada suaminya, dia meminta izin terlebih dahulu.
"wahai suamiku, bolehkah aku memberi makanan kepada pengemis itu?"
Rupa-rupanya sikap si suami ternyata berbeza daripada si isteri. Dengan suara lantang dan kasar, dia menjawab." Tidak payah. Halau sahaja dia dan tutup pintu!"
Wanita berhati mulia itu terpaksa menurut perintah suaminya dengan hati yang sedih dan tidak memberi makan kepada pengemis itu.
Tidak selama selepas itu, perniagaan si suami mengalami kemerosotan dan akhirnya bankrap. Dia terpaksa menanggung beban hutang yang begitu banyak.Dan disebabkan sifat suami isteri yang berbeza, rumah tangga mereka menjadi huru-hara..dan akhirnya mereka bercerai.
Tidak lama selepas tempoh idahnya tamat. Wanita itu dipinang dan berkahwin semula.Suaminya merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya di kota dan hidup bahagia.
Pada suatu hari, ketika wanita itu sedang makan tengahari bersama suami barunya, tiba-tiba ada seseorang mengetuk pintu rumah mereka. Apabila pintu dibuka, ternyata terdapat tetamu yang tidak diundang iaitu seorang pengemis. Wanita itu berasa amat sedih melihat keadaan pengemis yang amat daif itu. Lalu dia berkata kepada suaminya "Bolehkah saya memberi makan kepada pengemis itu?"
"Ya, berikan makanan kepada pengemis itu"
Selepas memberi makan kepada si pengemis. Si isteri terus berlari masuk ke dalam rumah dan menangis teresak-esak. Si suami berasa kehairanan dan bertanya " Mengapa kamu menangis? Adakah kerana aku menyuruh kamu memberi daging ayam kepada pengemis itu?
Si isteri menggelengkan kepala, lalu berkata dengan sedih." Saya sedih dengan perjalanan takdir yang sungguh menakjubkan. Kamu tahukah siapa pengemis di luar itu? Dia adalah bekas suamiku".
Mendengar penjelasan si isteri, si suami berasa amat terkejut dan berkata" tahukah kamu siapa yang kini menjadi suami kamu? Saya adalah pengemis yang dulu di halaunya!"
Allahu akbar..!! siapakah yang mengaturkan peristiwa ini? tentulah Allah azza wajalla.. hebatnya Allah.
satu peristiwa yang benar2 menyentuh hati kecil saya. Agungnya Allah menyusun ketentuanNya.
dia yang berkuasa di atas setiap ciptaanNya.
sebagai makhluk Allah yang terlalu kerdil dan boleh saya kiaskan kita adalah habuk yang lebih kecil dr habuk yang ada di bumi ini jika hendak dibandingkan dengan zat Allah yang Maha Besar.
hendaklah kita kembalikan segala urusan kita kepada Allah dan perlulah kita menjadi insan yang taat dan sentiasa cintakan kebaikan.
Ayuh kita menjadi insan yang bermanfaat..moga2 kita dikurniakan ketentuaan yang indah dalam hidup kita. mari!
No comments:
Post a Comment