Wednesday, February 2, 2011

syukur..alhamdulillah.





Nikmat Allah kepada hambanya tidak terhitung.Lihat sahaja di sekeliling kita.Udara yang kita hirup tanpa henti itu, adakah perlu di bayar?? sama sekali tidak. Sebaliknya ia percuma(tanpa charge2 tersembunyi). Dan sekiranya Allah meletakkan harga bagi setiap sedutan udara saya kira sudah pasti kita tidak akan mampu dan sebaliknya kita terpaksa berhutang kepada Allah kerana tidak mampu membayarnya.


Kemudian lihat pula pada tubuh badan kita. Lengkap dengan anggota. Ada tangan,kaki,  hidung, mata, telinga. Tiada yang cacat. Ada orang yang berkata "ah, aku ni dah la miskin, duit satu sen pun xde!"


Bagi saya si polan/polanah ini silap.Sebenarnya dia adalah seorang yang kaya. Kaya? Ya kaya. Mungkin bukan dari segi harta atau wang ringgit.Tetapi di kaya kerana mempunyai tubuh badan yang lengkap dan sihat.


Perumpamaannya ringkas.Kita bandingkan antara si polan ini dengan si kaya raya, punya banyak kereta. Kereta BMW digunakan hanya untuk ke pasar membeli ikan.Rumah tak payah cakap, nah 15 tingkat(kalah Datuk Yusof Haslam). Namun si kaya ini hanya terlantar di katil hospital. Semua penyakit dia anda.Kencing manis, darah tinggi, sakit jantung. Hendak jalan pun tidak boleh. Sehinggakan makan pun perlu disuap.


Lihat.. disini saya ingin bertanya pula pada kalian.Siapa yang lebih kaya? Si polan tadi yang tidak punya apa-apa namun dikurniakan tubuh yang sihat dan bisa melakukan apa yang dia mahu atau si kaya yang menggunung hartanya namun langsung tidak membawa apa-apa makna kepada dirinya.


Allah Azza Wa Jalla berfiman:


"Maka ingatlah kepadaKu.Nescaya Aku ingat kepadamu. Dan berterima kasihlah kepadaKu dan janganlah kamu menyangkal nikmatKu."
(Al-Baqarah:152)


"...Nanti kami balasi orang-orang yang berterima kasih kepada Kami".
(Ali-Imran:145)


"Demi jika kamu berterima kasih, nescaya Ku tambah nikmat yang ada padamu, tetapi jika kamu kufur (tiada berterima kasih) sesungguhnya seksaanKu amat keras."
(Ibrahim:7)


Woo.. amacam?? modal kita sangat murah dan saya kira tidak memerlukan kos langsung.Tapi pulangannya nah berlipat kali ganda(kalah perniagaan MLM,hehe).Hanya mengucapkan syukur disamping mentaati Allah. Allah tambah dan tambah dan tambah nikmat pada kita.Maha Pemurah kan Allah.


Namun, iblis mengancam hendak menyesatkan manusia.


"..(Sehingga) kebanyakan mereka tidak berterima kasih (kepada Engkau)."
(Ali-Imran:17)


"Sedikit hamba-hambaku yang bersyukur."
(As-Saba':13)


Iblis tidak akan pernah berhenti menyesatkan manusia. Menyerang dari setiap penjuru, kiri dan kanan. Kecuali dua sudut ini iaitu atas dan bawah. Oleh itu kita perlu menggunakan kedua sudut ini sebaik mungkin.


Bagaimana?


Dari atas, kita perlu sentiasa berdoa kepada Allah supaya sentiasa dilindugi daripada syaitan yang terkutuk dan mohon rahmatNya. Hanya dengan rahmatNya yang akan memayungi kita daripada serangan dan godaan iblis dan syaitan.


Kemudian dari bawah, kita hendaklah merendahkan diri kita serendah-rendahnya di hadapan Allah. Kita adalah selemah-lemah dan sehina-hina hamba di hadapan Nya. Tidak punya apa-apa.Dan pada Allah tempat kita bergantung.


Marilah jadi hamba yang bersyukur.


Syukur, alhamdulillah =)

2 comments:

  1. I was so far from you
    Yet to me you were always so close
    I wandered lost in the dark
    ~pinjam kata2 bro maher~

    ReplyDelete
  2. Syukur itu pilihan. Sama ada kita memilih utk bersyukur atau tidak. Moga, kita adalah hamba yg sering bersyukur padaNya. (=

    ReplyDelete

MyEm0.Com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...