Monday, August 1, 2011

ramadan al mubarak

bismillahirrahmanirrahim..

alhamdulillah.. seinfiniti kesyukuran di panjatkan kepada Allah kerana dipertemukan lagi kita olehNya dengan bulan yang penuh barakah ini... genap 20 tahun saya diberi peluang dan kesempatan oleh Allah untuk menikmati ramadan yang saya kira amat mahal harganya.. bayangkan bagi pendosa-pendosa seperti kita..insan yang sentiasa khilaf dan amat selalu berbuat dosa masih lagi di beri peluang untuk berada dalam bulan yang mulia..bulan pengampunan..ramadan al mubarak..



setiap amalan  sunat dikira sebagai pahala amalan fardhu..dan amalan fardhu di gandakan amalan 70 kali ganda..hebatkan..bulan ramadan merupakan lubuk emas..yang menunggu si penggali untuk mencari dan mengumpulnya sebanyak yang mungkin.. jadi apa tunggu lagi.. bertindaklah dengan segera!!

Berpuasa sebagai adat bukan ibadat

Melihat senario masyarakat sekarang.. terutamanya yang jahil tentang agama.. ramadan yang mendatang di anggap sebagai satu kitaran yang perlu dilalui sebagai rutin setiap tahun.. ramadan dilalui kosong hanya sebagai syarat menunggu aidilfitri.. dipenuhi dengan aktiviti memuaskan hawa nafsu ketika berbuka dan membeli belah untuk raya.. ramadan yang kosong tanpa pengisian..

Dan telah menjadi adat bagi mereka untuk berpuasa namun yang menyedihkan kewajipan berpuasa tidak diikuti dengan kewajipan yang lain seperti solat fardhu dan menutup aurat dengan sempurna.



Ramadan bulan tarbiyyah

Ramadhan merupakan madrasah untuk kita memperbaiki diri kita..mendidik untuk mengislahkan diri dari peringkat yang baik ke peringkat yang lebih baik dan seterusnya.. membaca al quran dengan banyaknya bukan sekadar untuk bulan ramadan..ianya juga melatih untuk kita menjadikan pembacaan quran sebagai amalan harian.. begitu juga dengan solat terawikh, ianya melatih kita untuk melazimkan diri melakukan solat sunat.. bersedekah bukan hanya rancak semasa bulan puasa malah perlu dilakukan senantiasa..

let us maximize our ramadan with millions of good deeds..insyaAllah =)

lihat video ni :)


2 comments:

MyEm0.Com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...